About Me

My photo
kUala LumPur, Malaysia
...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...

Thursday, November 29, 2012

Tips When You Are In Free

ASSALAMUALAIKUM

Kaifa haluki/ka? if you are in healthy just say Alhamdulillah okay. Hari ni saya nak share sikit tentang tip tip masa cuti sekolah yang boleh tahan agak panjang gayanya.. And tip ni saya nak kongsikan dengan adik adik atau akak akak yang dari 4 tahun sampai 16 tahun yang up sikit dari nombor tu memang dikecualikan tapi kalau nak baca pun boleh sebab saya tulis ni open.. Dekat sini saya nak cakap sikit lah kalau boleh biarlah cuti sekolah kita kali ni bermakna, sediakan jadual dan buat perancangan awal supaya di akhirnya kita tidak berasa kelam kabut. Baiklah saya rasa agak kuat membebel hari ni sebab baru lepas makan tongkek ayam :D

#1 Didik Hati Ke Arah Peribadi Tinggi/Mulia

Saya tahu ada di kalangan remaja remaja kini di hatinya cuma satu iaitu KESERONOKAN ! Dan saya juga tahu masing masing ada cara yang tersendiri dalam menangani keseronokan mereka itu. Namun tidak salah jika kita cuba mencari keseronokan baru yang lebih berfaedah seperti mencukupkan solat lima waktu, berusrah menghadiri majlis majlis ilmu dan sebagainya bukan sahaja mendapat keseronokan bahkan terisi juga hati kita yang kosong ni. Mungkin ada yang tidak dapat menerima apa yang cuba saya kata kan. Tetapi percayalah ada keseronokan di majlis majlis seperti ini dan ketika waktu cuti sekolah inilah yang harus kita didik hati kita supaya menjadi lembut dalam mengerjakan perintah Allah s.w.t.

#2 Merajin rajinkan Diri Berqiamullail

Ini adalah salah satu ibadah yang paling sukar iaitu bagi kita untuk melakukannya dan saya tidak menafikan bahawa saya juga mengalami keadaan yang begitu sukar sekali di saat hendak melakukan ibadah ini. Dan musuh pertama saya ketika hendak berqiamullail adalah tidur. Jujur saya katakan di sekolah saya.. ada menganjurkan program sebegini rupa dan ia sering dilakukan pada hari jumaat. Program itu tidak mendapat galakan dari pelajar pelajar di situ. Dan saya akui saya tersenarai di dalam pelajar yang kurang berminat dengan berqiamullail. Namun, saya mula berfikir balik dan sering saya bisikkan ke dalam hati bahawa beristighfar lah kerana dengan cara itu sahaja yang boleh melembutkan hati saya.. #TakeANote :)

#3 Mencuba Sesuatu Yang Baru

Adik, Kakak dan Abang fahamkah dengan apa yang saya cuba kata kan ini? Saya tahu mesti pelbagai persepsi dan imaginasi yang sedang bermain di fikiran antum semua. Ada yang sedang berfikir tentang sesuatu yang mencabar bukan ? Dan kalau betul antum semua ni suka kan cabaran.. Apa kata saya cabar antum semua dengan satu benda baru. Perbuatannya hanyalah memakai pakaian yang menutup aurat dan hanya melakukannya di dalam keadaan sedang duduk dan inya adalah meghafal satu surah panjang dan yang pasti bukan surah 4 kul sebab adik saya yang 5 tahun tu pun pandai baca -,-'

okaylah mungkin ini sahaja yang saya nak kongsikan kepada antum semua.. Nantikan tips cuti sekolah yang kedua daripada saya..

SEKIAN, TERIMA KASIH [ASSALAMUALAIKUM]
note: Manfaatkanlah cuti sekolah anda dengan sebaik baiknya :)       

No comments:

Post a Comment