hah mesti korang dah lama kan tak nampak aku update blog.. rindu la tu haha perasan kejap. so, readers semua sihat ? hari ni aku ada story baru yang di publishkan hehe almaklumlah duduk rumah tak ada apa yang nak dikerjakan dekat rumah ni keluar pun tak nak buat apa lagi la kan basuh baju, kemas rumah, makan, tidur, on9 and macam macam lagi la.. okay aku rasa korang dah tau kan aku act nak cerita apa pagi pagi macam ni and this story is mostly about my beloved friend.. nama K.a.m.i memang tak asing dekat telinga kitaorang group ni ada 14 ahli tau semuanya gila gila belaka btw! group ni hanya bergerak diluar kawasan sekolah and tidak aktif di dalam sekolah okay ini untuk pengetahuan je.. nak gambar all of we ? ehhhhh tak malu ka ? hah yalah yalah sebelum korang dok maki hamun aku sebab tak upload kan gambar dekat entry ni baik aku letak.. jangan terkejut kitaorang semua dah macam adik beradik lain mak lain ayah
Khairul, Fahzie, Ayip, Fitri, Farid, Kecik, Hanif D and Hanif kamal *tiada dalam gambar* |
Fatin, Maria, Syaza and Aisyah |
Angah, Anis, Firda, Seha and Ieqa *tiada dalam gambar* |
ahah amacam ? comelkan semuanya hah meh sini aku kenalkan satu satu.. korang tak tahu kan apa maksud k.a.m.i so korang dengar je laaaa cerita aku yang panjang berjela nak mampuih ni sambil makan bertih jagung + air coke hah kejap kejap sebelum korang roll ke bawah aku nak story sikit pasal group ni.. okay K.a.m.i ni sebenarnya bukan geng kongsi gelap atau kumpulan gangster yang selalu pukul pukul orang atau apa okay lah nak sedapkan mulut kitaorang ni geng kongsi terang.. hah amacam okay ? sedap sikit nak panggil kitaorang semua ni jenis yang open-minded kau nak kawan kawan betul betul tak nak kau boleh blahhh boleh apa? boleh apa ? boleh blahhh kan wahhhhh! hebattan ini orang banyak ganas ma.. wa kasi enggg kangg *tiru gaya sofi jikan* nahhhh KL gangster mari bhahaha dah lah aku tau korang malas nak layan pale otak aku ni kan.. okay laaaa now you can roll and rolling in the deeppppppp.. teruskan membaca :)
-AngahBieber-
dia ni untuk pengetahuan kau comel sangat sangat pehhh senyuman dia kalah angelina jolie kau.. dia ni obses gila dengan blog sekejap sekejap publish story dia yang meraban bagai apa entah.. dia ni bila dah pendiam, pendiam sangat sampai rasa nak sepak sepak je muka dia.. dia kalau dah serious kau jangan main main semua orang boleh tersentap kalau dia ni mula mengamuk. dia kalau snap picture suka buat muka weird ala ala eijat abdullah. nak tau dia ni siapa ? akulahhhhhhh... kekeke
-SehaBied-
hah korang kenal tak dia ni ? ala yang berlakon dalam Jangan Pandang Belakang Congkak 2 tu.. tak kenal juga ? hah tak kenal dah kau duduk diam diam teruskan membaca. nama penuh Fasihah Abidah Bt Anoar umur 15 tahun anak ketia daripada 4 adik beradik tinggi not sure berat tak pasti.. otak dia kalau kau layankan memang takkan berhenti walau seketika. kalau gelak tu berjela jela la hahahahahahaha nya.. dia ni sangat nicely dengan kawan kawan suka bercerita and kuat names. korang tau names tu apa ? aduhhh itu pun tak tau juga.. nangis okay nangis
-AnisAzmi-
anis ni orangnya kecik kemetod je.. dia ni lagi comel daripada aku untuk pengetahuan kau lah dia ni ramai yang nak cuma biasalah kenalah jual mahal sikit betul tak.. dia ni awal awal tahun busy nak mampus sampai aku pun dia tak chat *jiwang kejap* normal lah tu nak PMR kan tapi big exam tu dah lama dah berlalu now just tunggu result je.. dia punya birthday sama bulan dengan aku iaitu bulan 12.. dia ni tak kuat touching sangat punggg hadoi kalau kau nak ngorat dia kau ngorat bapa dia dulu nahhhhh ni no teponnya 1 300 82 2020 selamat mencuba..
-SyazaNabilah-
okay dia ni minah poyo kalau nangis tu nak sembunyi sembunyi aja ehhh yeke ? kau ni main sebut je laa pehhh dia ni jenis yang tak kisah orangnya tak mudah putus asa and bergaya apa yang dalam iklan dekat tv tu ada X ada segalanya tapi aku ubah sikit ada GAYA ada segalanya haha okay dia ni sangat lah cantik dan teramat cantik tapi sayangnya... dia sudah berpunya kalau kau nak ngorat boleh tapi kalau dah kena pelangkung dengan BF dia aku tak tanggung
-ZieqaSyam-
hah tu diaaa tu diaaa si mulut tweetie bhahaha okay gurau kawan act minah ni tinggi orangnya biasa biasa je.. kalau marah aku ayat dia cuma ni je.. dahlah angah dahlah angah and when dia cakap macam tu aku akan gelak je sebab aku tau bila aku gelak dia akan join aku sekaki.. dia kalau nampak aku marah dia akan senyap je and dia tak mudah nak amik hati dengan apa yang aku cakap.. dia sayang kawan kawan dia
-FirdaNafisah-
hah si minah cantik lagi cun ni dah mula masuk line dah mula dah.. okay wa cakap sama lu dia memang kaki gambar dekat PD aku banyak gambar dia dok posing maut penat kot tengok but kadang kadang laa.. dia ni cantik cuma slacknya dia suka gigit berus gigi yang mak dia baru beli.. dalam ssetahun entah berapa berus gigi mak dia kena belikan sampai aku balik pun dia suruh aku belikan satu.. tak apa tak apa demi kawan demi kawan dia ni caring sangat dengan kawan kawan dia one thing yang sangat tak pasti dekat dia adalah emosi.. dia dah ditempah oleh seorang jejaka so nobody can bother her
-MariaUlfa-
mariaulfa nama yang jarang didengar nama dia sangat unik bagi aku laa dia ni start tahun lepas dia dah pindah dia ni seorang yang pendiam tak suka snap snap gambar dia sangat lain dari kami semua dia cantik and kind.. hati dia dulu pernah kena main dengan si Kapak so dia macam trauma sikit okay aku pandai pandai buat cerita sendiri
-FatinNajihah-
ini budak hah banyak rindu ma.. dia ni kecik je orangnya and aku akan ingat dia dengan cara mengimbasi masa dia jatuh dari loker masa form 1 pehhh wa cakap lu memang lawak tapi tapi tapi sakit tau memang laa mula mula aku dengar cerita tu sampai gelak tak henti tapi bila tengok lebam dia tu aku jadi kesian.. so aku stop berhenti dia ni dah jarang call aku chat dengan aku.. aku kalau balik minggu balik kampung aku selalu tunggu dia tegur aku dekat im tunggu dia on9 and macam macam lagi aku tunggu dia *sedih sekejap*
-AisyahHalimi-
and the last one aisyah yang muka macam fouziah hantu.. haha orangnya biasa biasa je tapi bila dah tacing haram jadah kau tak boleh nak pujuk. tak caye kau pergi la sakat dia dengan macam macam cara tapi bila dia dah tacing jangan panggil aku ehhh. dia orangnya jenis tak banyak cakap bila berkumpul and dia sangat sangat sayngkan family dia..
-KhairulMarzuqi-
ni dia bakal tunang aku haha okay ini tak lawak angah.. tak adalah aku main main je nama khairul marzuqi anak kepada pakcik khairuddin and dia sangat sayangkan kawan kawan dia.. orangnya biasa biasa je dia tak pernah kenal erti putus asa and dia sangat menjaga rakan rakannya accceehhhh puji nak melambung tapi semua akan susah hati bial dia menangis.. haha btw! aku tak tipu dia memang dah tunang kekeke
-MuhammadArif-
ini dia ayip nya si sifu tongga okay tak baik angah buat orang macam tu.. dia ni kuat jeles tau so be aware haha and aku sangat sayangkan dia sebab dia lah kawan yang paling pehhh wa cakap lu memang memahami habis tahu.. hah pikir lain pikir lain aku sayang dia sebagai kawan okay.. dia kalau tacing aku rasa macam nak amik senduk dekat dapur dewan makan dok cocok perut dia tu. susah sangat nak pujuk.
-FahzieAziemy-
weeeehhhaaaa ni dia budak hot budak hot kalau dia ada twitter ni aku rasa dia akan selalu jadi trending okay angah penipu.. dia ni dah pindah dah tapi dia kalau kau kenal pehhh otak kau memang macam nak meletup je. dia ni orangnya baik sangat kalau kau kenal la. dekat FB sombong gila nak mati rasa macam minta kaki je dia ni. tak apa yang penting dia masih sayangkan kawan kawan dia.. itu yang penting
-MuhammadFitri-
si fitri yang paling menyirap aku pernah jumpa.. aku tak suka kalau dia punya temper tu naik. wa cakap lu memang perit laa geram rasanya takut pun ada juga.. satu memori je yang aku ingat masa tahun lepas dia marah sangat dengan sorang budak tu sampai habis dipukul budaknya depan budak budak perempuan haha and budak tu pun malu aku rasa lah.. tak apa apa apa hal dia sebenarnya baik and dia dah tak ada dah tahun depan..
-ZulhilmiRafizan-
ini budak paling sengal aku pernah jumpa dekat tepi jalan okay angah tipu lagi.. ini kalau aku pinochio mesti hidung aku dah lama panjang sebab asyik tipu je.. dia ni ahli baru tarikh dia join kitaorang aku tak sure tapi pehhhh kalau buat lawak dengan dia memang best dia ni asyik rindu kakak angkat dia biasalah tu anak sulung teringin nak ada kakak memang macam ni..
-FaridAiman-
ini dia budak lesung pipit.. haha semua orang selalu melting dengan dia pasal senyuman dia yang tak menawan tu. dulu dia ni gemok tau sekarang dah susut almaklumlah duduk asram la katakan. berdiet lah sekali sekala dia sangat caring dengan kawan kawan dia hahaha kali ni aku tak tipu..
-HanifDaud-
si Minho malaysia yang orang sibuk dok kejarkan.. tapi seriously muka dia ala ala retis korea gitu and aku tahu semua orang akan melting dengan senyuman dia yang menawan haha ini tak lawak angah.. aku tak selalu sangat duduk dengan dia ni borak borak kosong so tak berapa kenal.. yang aku tahu dia ni baik dengan kawan kawan
-HanifKamal-
ini budak kerek yang macam tak cukup mata nak jeling jeling budak budak ni.. cover macho lah katakan sengal je laa. dia ni lebih sombong dari fahzie untuk pengetahuan la tapi dia ni sebenarnya baik cuma dia tak nak tunjuk kan.. budak kerek herrrrrr haha
guys aku harap persahabatan yang kita bina ni kekal sampai terhentinya nafas yang Allah berikan ni.. and apa yang aku tulis harap tak ambil hati ianya hanya sekadar suka suka hopefully our friendship is until jannah.. i love the all of you.. aku sangat bersyukur dikurniakan sahabat seperti kalian. okay indon aku sudah mari sekian sahaja assalamualaikum w.b.t semoga terhibur ya semua :)
note: kadang kadang kita akan rasa tak cukup dengan apa yang kita ada, tapi bukan bermakna apa yang kita ada tu kita kena lepaskan dan abaikan..
No comments:
Post a Comment