About Me

My photo
kUala LumPur, Malaysia
...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...

Tuesday, November 27, 2012

istimewakah sesebuah usrah itu ?

ASSALAMUALAIKUM

zaman pada hari ini susah sangat kita nak tengok orang berusrah kan sampaikan ada yang bertanya "istimewakah sangatkah usrah itu?" "apa je yang mereka sedang bincangkan.. entah entah bergosip!" MasyaAllah sehingga ada juga melabelkan orang berusrah itu sedang bergosip.. akhir zaman beginilah yang baik dijadikan buruk yang buruk dijadikan baik. Astaghfirullah.. di sini  saya ingin menerangkan sedikit sebanyak tentang usrah. taarif usrah ialah usrah yang mempunyai silibus silibus tertentu untuk pembentukan individu yang membasahkan hati, yang menghidupkan jiwa, yang membawa manusia agar ingin kembali kepada Allah, kembali kepada ajaran fitrah islam yang sebenar benarnya. emm saya nak bertanya sedikitlah pernahkah kita menyelesaikan masalah dan berkongsi kegembiraan atau kesedihan bersama orang lain ?

Usrah Ibarat Satu Tubuh

 itulah situasi situasi yang boleh kita peroleh melalui satu sistem sokongan hidup yang dinamakan usrah. Kenapa ia dipanggil sistem sokongan? ini kerana usrah sebuah kumpulan kecil manusia yang bertemu secara  berkala untuk memahami islam, berkasih sayang dan saling membantu antara satu sama lain kerana Allah. Hal ini bertepatan dengan dengan sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling mencintai seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut terasa kesakitannya." [ Muttafaq 'alaih] Apabila sebelah tangan sakit, anggota lain sukar untuk melakukan aktiviti kehidupan seharian kerana harus mengambil berat tangan yang sakit tadi. Lain pula halnya jika seluruh tubuh badan sihat, sudah pasti tuan punya badan dapat menjalani kehidupan seharian dengan ceria sekali. Dalam grup usrah, kita belajar untuk membimbing dan dibimbing sesama ahli. Aktiviti yang dilakukan secara beramai-ramai sudah tentu lebih seronok bukan ?

Grup Usrah diajar untuk memahami dan kemudian menjadikan islam sebagai cara hidup dengan dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku [islam] yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan jalan [yang lain daripada islam], kerana jalan jalan [yang lain itu] mencerai beraikan kamu dari ajaran Allah." [Surah al-An'am 6: 153]

Sayidina Umar al-Khattab r.a ada mengatakan: "Engkau mestilah mencari saudara saudara yang jujur dan hiduplah dalam kalangan mereka kerana mereka itu perhiasan pada waktu senang dan bekalan pada waktu susah."

Apa yang menarik tentang usrah ini adalah kita sudah mempunyai jalan untuk mendapat teduhan Arasy Allah di akhirat kelak menrusi sebuah persahabatan. Ini sebagaimana yang digambarkan dalam hadis Nabi s.a.w., mafhumnya: "Dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah. bertemu dan berpisah kerana-Nya..." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] perkataan "lelaki" dalam konteks itu juga bermaksud perempuan. Jadi orang perempuan jangan terasa lah ya :) 

Sekian, Terima Kasih [ASSALAMUALAIKUM]
note: sesebuah usrah itu sesungguhnya Indah :)   

No comments:

Post a Comment