ASSALAMUALAIKUM
korang semua sihat ? aku harap elok elok je lah semuanya ye sebab nanti kalau tak sihat aku juga yang nak kena sorong korang pergi hospital yalah mana lah tahu korang jatuh cinta dengan blog aku ni sampai korang cair *perasan* ermmm.. okay lah aku rasa korang dah tahu kan aku nak story pasal apa ? kalau tak tahu just tengok je lah title yang dekat atas tu eh.. aku malas nak cakap hehe sebelum aku mula dok bercerita dekat bawah ni aku nak tanya korang lah.. korang pernah bercinta tak ? okay maybe soalan aku cam ntahpapentah kan sebab of course lah korang pernah bercinta betul tak ? and untuk pengetahuan korang lah kan bercinta tu memang tak salah sebab itu fitrah manusia.. so, entry aku kali ni nak sedarkan korang lah yang cinta Allah tu lagi hebat dari cinta manusia dan apabila kita mencintai orang yang mencintai Allah, insya-Allah cinta yang kita serahkan kepadanya itu akan diserahkan kepada Allah. Lalu jadilah kita insan yang saling mencintai kerana Allah.. amacam percaya tak ?
Inspirasi Daripada Watak Khazinatul Asrar
"Waktu di sekolah dulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula-mula rasa tak suka tapi lama kelamaan saya rasa seronok apabila diminati. Banyak surat cinta dan hadiah yang saya terima tanpa dipinta. Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah. Hari-hari yang dilalui terasa lebih ceria apabila saya mengetahui diri ini amat dihargai. Namun, sifat pemalu membuatkan saya kelihatan seperti jual mahal, hakikatnya hati saya suka.
Saya terhanyut dek arus dari segi pemikiran saya. Kata-kata indah dan pujian di dalam surat-surat itu menyebabkan saya terlentok. Memang lelaki pandai bermain kata. Waktu itu hidup saya penuh dengan angan-angan. Kadang-kadang syaitan membisikkan agar saya melayani surat-surat yang datang. Tapi Alhamdulillah, berkat didikan yang saya dapat secara sedar ataupun tidak di sekolah agama, saya rasa malu dan bersalah untuk berbuat begitu biarpun waktu-waktu dalam hidup saya kian dibuai keasyikan.
Kemudian, keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya. Saya tak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas. Ketika waktu ulang kaji pun, isi surat-surat tu mengganggu minda saya untuk fokus. Saya terlalu asyik kerana mungkin itulah pengalaman paling mencabar dalam dunia remaja.
Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya ini? Hanyalah kegagalan. Cintalah punca angan-angan. Saya mula dilanda keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati, bukan secara zahir. Saya tak pernah menterjemahkannya. Tapi, hatilah yang menjadi raja, pemberi arahan kepada seluruh anggota tubuh kita. Saya bertanya lagi, bersihkah hatiku ini? Layakkah hati sebegini untuk menadah nur ilmu? Bukankah ilmu itu cahaya dan cahaya takkan menembusi hati yang berbuat maksiat?
Saya rasa lebih bersalah lagi apabila keputusan peperiksaan akhir tahun saya agak merosot. Saya cemburu pada kawan-kawan yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba-tiba jauh meninggalkan saya. Saya buntu. Tak tahu nak mengadu pada siapa.
Saban hari, dengan tazkirah dan usrah yang menjadi aktiviti wajib di sekolah, entah bagaimana saya rasa tertarik dengan ungkapan "Cinta Allah". Menurut ustaz-ustaz dan naqibah, saya dapat simpulkan bahawa cinta Allah tidak mengecewakan. Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini, saya ada Allah untuk dicintai. Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hamba-Nya, cuma saya yang tak kenal cinta Allah. Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi.
Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu. Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir. Tika itu, sukar juga untuk istiqamah terutamanya tahajud. Namun menyedari ada rahsia cinta Allah di sebalik amalan-amalan itu, saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya, darah daging saya. Saya mula mula dapat rasai kelainan pada suasana hati saya. Melihat kawan-kawan yang tak diuji dengan lelaki, saya terfikir alangkah indahnya kalau cinta untuk Allah ini tak pernah dicemari oleh cinta dusta manusia.
Rasa macam bodoh pula hidup dalam angan-angan cinta, sudahlah masih sekolah... semua tu ternyata sia-sia. Buang masa dan boleh tergadai cita-cita.
Genap 17 tahun, saya genggam azam baru. Saya ketepikan lelaki dari fikiran saya. Hati saya yakin bahawa cinta Allah mampu mencemerlangkan akademik saya kerana Dia-lah penentu segalanya. Bukan sekadar akademik, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagiaan yang hakiki. Dialah sumber inspirasi dan pemberi motivasi.
Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untuk membantu saya dalam mendepani fatamorgana dunia remaja. Cinta lelaki hanya akan merampas perasaan ini terhadap Kekasih Agung saya. Pemikiran saya rasa lebih terarah apabila sedikit sebanyak mengenal cinta Allah, seterusnya tindakan juga lebih terpandu. Saya mula memberi perhatian pada pelajaran dan habiskan waktu lapang untuk untuk mengikuti majlis-majlis ilmu. Saya yakin bahawa tarbiah inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada Pencipta. Siang malam saya berdoa agar Allah hadirkan rasa cinta dan rindu kepada-Nya dalam jiwa saya yang kosong ini. Saya ingin jatuh cinta pada Allah. Saya dapat rasakan ketenangan jiwa yang lebih bermakna.
Saya terus mencari cinta-Nya. Hinggalah keputusan SPM diumumkan, saya menjadi salah seorang pelajar terbaik di sekola. Susah nak percaya. Semua itu kerana cinta Allah sebenarnya. Saya bertambah yakin bahawa cinta Allah takkan mengecewakan. Hanya bila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya. Kudus dan suci. Sebab itulah pada usia ini, cinta Allah tak boleh dikongsi sesiapa. Itu prinsip saya."
So, macam mana dengan korang? ada yang terkesan tak dengan cerita si Khazinatul Asrar ni? harap harap adalah ya.. tak apa saya tak paksa pun korang yang tengah baca ni jadi macam dia. kalau nak tahu #TepukDadaTanyaIman :)
note: Cinta itu buta, apabila sudah bercinta, bukan sahaja mata, malah hati juga turut menjadi buta. Yang buruk terlihat INDAH. Yang busuk terhidu WANGI. Yang jahat terasa BAIK. Cinta juga umpama remote control diri kita yang kita berikan kepada seseorang. So, jangan pernah tersalah beri
SEKIAN, TERIMA KASIH :)
PUT YOURSELF IN OTHER`S SHOES FIRST BEFORE PUTTING ANY STATEMENT OR JUDGMENT ABOUT THEM... DON`T LET YOUR MOUTH MOVE FASTER THAN YOUR BRAIN!!! #NoteToSelfToo :)
About Me
- BaRacelVT
- kUala LumPur, Malaysia
- ...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...
No comments:
Post a Comment