About Me

My photo
kUala LumPur, Malaysia
...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...

Monday, December 10, 2012

Hati Kamu & Allah Sentiasa Bertaut.

ASSALAMUALAIKUM

Ya Allah rindunya saya dengan blog ni. Dah lama tak buka ni hehe okay By The Way! sebenarnya saya tengah cuak menunggu keputusan PMR keluar ni.. Doakan saya tau guys.. haaa disebabkan saya tengah menunggu keputusan ni, saya ada beberapa tips yang nak dikongsikan bersama pembaca saya tak kiralah akak akak yang comel lote tu ke abang abang ke and adik adik kecit kemetod tu ke. Silakanlah baca ye :)

#1.Bangun Tahajjud  

Actually bangun tahajjud ni bukannya korang buat bila rasa macam dah nak dekat keluar keputusan atau nak exam ke apa lah tetapi lakukanlah selalu apa orang putih kata tu.. 'almost' eh? hehe tak pandai sangat pun nak speaking speaking ni. Apa yang saya cakap ni cuma cadangan.. yalah daripada kita text dengan makwe/pakwe kita sampai pukul 2.00 pagi lepas tu terjaga lebih baik kita tahajjud ye tak. Perbanyakkan TAHAJJUD apabila kamu perlukan perlindungan dan kekuatan hati. Alaa apa salahnya berdua duaan dengan Allah. Walau tangan tak bersentuh. Tapi hati kamu dengan Allah sentiasa bertaut :)

#2.BerQiamullail

hah.. bila dah bangun untuk tahajjud tu sambung je lah terus dengan Qiamullail. amacam okay tak ? Mintalah Allah tabahkan hati kita saat mengambil keputusan tu nanti. And mohon agar keputusan kita tu setimpal dengan usaha yang telah kita lakukan. In shaa Allah.. hah bila doa tu jangan selfish tau. doakan kejayaan orang lain juga.. Antum permudahkan orang, Allah permudahkan antum balik. wallahhualam.

#3.Dhuha

Solatlah dhuha wahai antum semua. Rajin rajinkanlah melakukan solat Dhuha sesungguhnya solat dhuha itu merupakan senaman kepada tulang tulang ruas kita. Melakukannya hanya memerlukan beberapa minit sahaja tak sampai satu jam pun dan in shaa Allah Allah akan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah kepada kita wallahhualam.

Note: disaat kau jatuh dan bangun.. Percayalah Allah berada di sisi kamu. Semoga Allah Permudahkan Urusanmu :)     

No comments:

Post a Comment