PUT YOURSELF IN OTHER`S SHOES FIRST BEFORE PUTTING ANY STATEMENT OR JUDGMENT ABOUT THEM... DON`T LET YOUR MOUTH MOVE FASTER THAN YOUR BRAIN!!! #NoteToSelfToo :)
About Me
- BaRacelVT
- kUala LumPur, Malaysia
- ...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...
Saturday, August 3, 2013
#1 To The Straight Path!
langkahnya diatur perlahan. penat menapak di QueVicBuild barangkali. kunci rumah dikeluarkan dari kocek.
belum sempat kunci dimasukkan ke dalam celah celah lubang. pintu rumah sudah terkuak sedikit. Asyriq menjenguk di balik pintu. pintu dibuka luas. membiarkan Fiqrash melangkah masuk.
"hah.. kau pergi mana?" Asyriq bertanya. tangannya laju memotong memotong bawang.
"takdak.. pergi mana mana pun. QueVic je kot." balas Fiqrash datar.
"ohh.."
Fiqrash mendaki tangga untuk ke bilik. baju ditarik melepasi kepala. tuala di birai katil dicapai. pintu bilik air dikuak perlahan. seusai mandi, tubuhnya dilontar perlahan di katil. 'apasal ramadhan tahun ni cepat je pergi ek? next week dah raya. hmmmph acaner ni johan?' eh.. apasal johan terbabit pula ni. daydreaming lah kau ni rash.
pintu bilik terkuak. Asyriq masuk.
"rash.. tadarrus jom." sengih Asyriq melebar.
"tadarrus? siap bos." duduk Fiqrash sambil tangannya diangkat ala ala askar wataniah.
sedang ayat ayat suci al-quran dialunkan. Jazlan masuk. tanpa memberi salam hayunan buku limanya tepat menyinggah dada Fiqrash. Asyriq terkesima. Fiqrash mengaduh kesakitan. Asyriq cuba membangunkan Fiqrash.
"eh.. Zulan. kau kenapa tiba-tiba je ni?" soal Asyriq.
"alahhh.. kau tak payah nak back up sangat la mamat tak guna ni. depan kita baik tahap tak ingat, belakang kita siapa tahu. ini pun ada orang cerita dengan aku. eh kalau tak? haram jadah aku tak tahu pasal ni." lepas Jazlan.
"Zulan aku bukan nak back up.. tapi cara kau salah der!" tutur Asyriq.
"melawan pula apa yang aku cakap ni.. dah kau senyap je. sebelum buku lima aku ni singgah dekat pipi kau."
bentak Jazlan. tangannya cuba dihayun ke muka Asyriq tetapi sempat ditepis Fiqrash.
"salah aku bukan salah dia. kau nak tumbuk, tumbuk aku bukannya dia." Fiqrash membalas. sambil tangannya menyuruh Asyriq beredar. Asyriq beredar.
Jeda.
"Zulan.. cuba kau duduk. tenangkan diri. just a minute." Fiqrash memulakan bicara. sambil tangannya memaut bahu Jazlan. belum sempat tangannya meraih. satu pukulan singgah di dadanya kembali. sakit.
perit. tubuhnya terbaring longlai. tanpa henti dia dipukul Jazlan. sampai badannya sudah lembik baru Jazlan keluar dari bilik.
hanya istighfar yang dia mampu lakukan. tersekat sekat. 'Asy.. mana kau' getus hatinya.
Asyriq mengesot tubuhnya ke arah Fiqrash. tubuh Asyriq juga di penuhi darah. ditumbuk barangkali.
"rash.. boleh bangun tak ni?" tanya Asyriq.
bersambung..
Friday, June 21, 2013
contengan hati buat Teman :')
pada awan biru..
ku melakar kata-kata..
pada langit cerah ku padam semua cerita..
dengarlah mentari suara hatiku menyanyi..
berterbangan jiwa merentasi pelangi..
lifeless..
*rasa empty*
where are you friend?
every time after prayer. doa for antunna semua tak pernah lupa.
but.. why all of this must happen?
*senyum* because Allah want to test us.. how strong our Ukhuwah yang kita selalu said tu
bfftj? ukhuwahfillah?
come on friend.. berubah laa
ana ajak antunna semua jadi baik ni.
ana tak suka korek + cari pahala sensorang.
jadi ana nak heret laaa antunna semua ni.
tak nak?
tak apa.. hati awak saya tak pegang.
tapi..
hati awak tu Allah yang pegang.
semoga awak dapat cari hidayah Allah
saya cuma asbab je.
saya doakan awak semua kawan..
semoga awak semua jadi awak yang saya kenal dulu..
awak semualah harapan saya masa saya jatuh nanti
dan awak jugalah yang akan ada seiring dengan saya masa saya bangun nanti
mari cari jalan pulang bersama.. kita saling memerlukan
kita kawan kan..
*lap air mata*
Wednesday, June 5, 2013
#1 Ukhuwah tidak sesweet Akem
Ukhwah..
benda yang mungkin nampak simple dari segi sebutannya, namun dari segi hati ia sangat awesome.
fillah..
lillah..
Bersahabat kerana Allah, InsyaAllah kekal hingga ke akhirnya.
badannya disandarkan kebelakang
kedengaran sedikit keluhan dan dengusan keluar dari mulutnya. tangan didepakan selebar lebarnya di bahagian atas sofa..
hatinya menangis dalam diam. dirinya dirasakan sedikit futur. Asyriq sekadar memerhati.
"Assir.. enta okay tak ni?" Asyriq menghampiri
"tak ada apa ana letih ni." Assir memberi helah
"kalau macam tu pergilah bersiap.. ana bawa enta pergi somewhere." Asyriq senyum plastik
Assir bangun perlahan menuju ke dalam bilik. dia mencapai t-shirt traible. kemeja putih ditanggalkan.
baju traible disarungkan.. dia memandang sepi Al-quran di tepi. 'hmm,, dah lama aku tak baca ayat chenta Allah.' desus hati kecilnya. lamunannya terhenti Asyriq memanggil.
"kejap riq,, aku tengah kemas sikit ni." perlahan Assir berkata
Asyriq mencapai kunci kereta. deruman enjin kedengaran. Assir mempercepatkan langkah. pintu kereta dibuka, punggung dilabuhkan.
di dalm kereta suasana hening seketika.
"Assir.. enta kenapa ni? tak nak cerita?" Asyriq sedikit memujuk.
"hmm.. tak ada apa laa riq." kepala ditalakan ke luar.
"enta ni,, ingat ana baru kenal enta semalam ke?" Asyriq menepuk nepuk bahu Assir.
kereta toyota prius dihentikan.. Asyriq menapak keluar. Assir membuntuti langkah
"riq.. enta sedih tak kalau ana masuk neraka.?" Assir membuka bicara.
"eh,, sedihlah."
"hmmm.. enta rasa ada sinar lagi tak untuk ana berubah."
"apa ni sir.. selagi mana dunia ni tak sampai at the en.. enta still boleh berubah." Asyriq menutur bicara sebaik mungkin.
"ana rasa diri ana dah jauh sangat dengan tuhan."
"tak apa.. enta selangkah mencari Allah, berlari Allah mengejar enta."
"masih ada sinar lagi ke untuk ana.. menikmati cahaya ilahi."
"insyaAllah ada.. pintu taubat kan sentiasa terbuka kecuali bila kiamat dah datang. hah amacam?"
hati Assir terusik. dia melemparkan senyum
"dah lah.. jom kita pergi dekat sana.. ana belanja enta Aiskrim."
bersambung...
Thursday, May 30, 2013
Berkualiti atau Berkuantiti?
Ketua Pelajar.
Ketua Unit.
Ketua Asrama.
Khalifah Di Muka Bumi Allah.
KETUA... KETUa... KETua... KEtua... Ketua... ketua..
....................................................................................................................................................................
pandangan kabur. tangan digari. badan diheret sejauh 15 kilometer. sebelah kaki kami dineraka.
Adakah selama ini tugas aku, kau, dia, dan kami semua terlaksana dengan sebaiknya?
TEGURAN.. ada yang boleh terima, ada yang tak boleh terima.
cewaaahhhhh yang tak boleh terima dipinggirkan sahaja? biarkan mereka terkapai-kapai
eh,, di neraka nanti nak cakap apa? kalau dia terjatuh dari landasan syariat bagaimana?
Pemimpin itu ada yang BERKUALITI dan ada yang BERKUANTITI
PEMIMPIN BERKUALITI
"Assalamualaikum akh Irfan.. ana ada sedikit benda nak beritahu ni."
"Waalaikumussalam Amir rupanya.. hah cakaplah."
"ana rasakan akh kena macam ni macam ni macam ni.. kalau akh Irfan nak yang terbaik lah. lagipun ana cuma bagi cadangan je.. dan ana nak bagi teguran sedikit tentang macam mana akh ni mengendal ngendal anak buah akh ni,,"
"hmm bagus juga cadangan anta tu, insyaAllah ana cuba berbincang dengan warden nanti.. hmm mengendal ngendal? apa tu Amir? anta ni pelik pelik aja lah.. hmm cakaplah." kata Irfan sambil tersenyum
"tapi ana takut nak cakap dengan akh." kegusaran hati Amir terpamir diwajahnya
"Amir.. Amir.. ana ni nak manusia macam anta juga. lagipun ana ni bukannya bagus sangat sampai pijak semut pun tak mati kentut ana pun bau wangi. cakap je laa.. ana terima punyalah."
"hmm.. akh Irfan janganlah macam ni macam tu dengan kami yang junior ni.. kami tak tahu apa apa.. akh dengan akh akh yang lain bimbing lah kami."
"ohhh,, macam tu.. ana minta maaf lah ye Amir.. kalau selama ni anta dengan kawan kawan anta banyak terasa hati dengan ana. InsyaAllah nanti ana bagitahu dengan akh akh kamu yang lain. dan antum semua kenalah juga bagi kerjasama. kalau tak susah akh akh kamu ni nanti" kata Irfan sambil menepuk nepuk bahu Amir.
"ohh,, emmm okay nanti ana bagitahu rakan rakan ana yang lain." balas Amir dengan senyuman
aaaaaaaaa.. ini baru pemimpin berkualiti yang fikirannya sentiasa terbuka dalam menerima pendapat orang lain. tidak kiralah sama ada yang memberi teguran itu bawahan atau atasan. lagi pula akhlak juga merupakan satu faktor untuk menjadi pemimpin yang berkualiti. pemimpin berkualiti sentiasa FORWARD dan WALK THE TALK. teguran pula diberi secara berhikmah dan bukannya seperti lebahhh yang berdesup laju nak mendapatkan madu.
PEMIMPIN BERKUANTITI
"Assalamualaikum Bil,, aku nak tegur kau sikit ni."
"eh,, kau tu siapa nak tegur aku pasal apa yang aku buat selama ni. tugasan aku ni baik ke tak. aku bahagian disiplin ikut suka suki aku la nak marah orang ni ke nak marah orang tu ke. kalau aku buat aku boleh cover baik punya la.. kelebihan ada jawatan macam aku ni. boleh buat apa je yang aku suka. kau tu budak biasa je tak ada hak nak tegur kesilapan aku dalam mentadbir apa apa." berjela panjang bebelan Syurabbil.
"inilah engkau baru nak tegur sikit dah melenting,, baru nak tegur sikit dah melenting. lama-lama orang nak hormat kau pun susah.. eh, walk the talk laa. kau dalam usrah bukan main lagi itu ini tapi engkau? balik rumah kau fikirlah." Asyraf beredar membiarkan Syurabbil terkebil kebil
cewaaaaaaahhh,, baru ada jawatan satu tu,, belum sepuluh lagi dah bebajet macam hebat sangat dapat tembak gajah. eh pemimpin macam ni? *buka pintu.. jentik dia jauh jauh*
hah antum antunna nak yang bagaimana? BERKUALITI atau BERKUANTITI?
pilihan di tangan anda *senyum*
Friday, May 24, 2013
Mati Itu Pasti Walau Dirimu Tak Ready Lagi!
DEATH,,
Ahhh!! SAKARATUL MAUT,,
INNALILLAHHIWAINNALILLAHIROJIUN
MATI itu PASTI,, PASTi,, PASti,, PAsti,, Pasti,, pasti
-Hembusan angin menerkap merdu membawa sayu,, jenazah Arwah selamat dikebumikan sebentar tadi..
berduyun duyun mengucapkan takziah kepada keluarga,, namun hati meruntun pilu.. Haikal mendekati..
"Is,, ana harap anta bersabarlah ye.. mungkin ini dugaan hidup anta." Haikal mengusap lembut bahu rakannya itu
"Kal,, kalau ana tanya sikit boleh tak?" pandangan Is dipalingkan ke arah Haikal
"hmmm,, tanyalah." segaris senyuman dilemparkan :)
"Anta rasa patut tak ana marah or salahkan diri ana atau benda lain yang merupakan penyebab kepada kematian ayah and adik ana ni.." kepala ditalakan ke arah lain,, air mata tak mampu di tahan lagi.
"if anta tanya macam tu,, on the spot ana akan jawab NO! sebab kalau kita salahkan semua tu it`s mean sama je macam kita menyalahkan takdir Allah."
"ohh,, sebab tu lah kita kena redha dengan ketentuan ilahi,, dan menghadiakan doa ea?" matanya dipalingkan kembali ke arah Haikal.
"haah.. kan ada dalam satu hadis ni Rasulullah s.a.w bersabda: orang yang meninggal ni ada 3 amalan yang mengekorinya iaitu sedekah, ilmu yang bermanfaat serta doa anak anak yang soleh, solehah." senyuman dihadiahkan lagi buat rakannya.
"tapi,, ana rasa berat sangat nak terima semua ni." kepalanya tertunduk sedikit.
"tak apa,, anta take five lah dulu ye.. ana tahu benda ni sangat berat nak diterima. but trust Allah."
La yukallifullah hunafsan illawusaha.
Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.
[Surah Al-Baqarah 3: 286]
"Syukran jiddan ya Akh sebab banyak tolong anta." huluran salam dipanjangkan.
"afwan kasira ya Akh.. benda kecil je ni Is,, tak apa takmil wa istiqmal kan." pelukan erat mengakhiri perbualan.
Iskandar membawa langkah kakinya yang longlai ke dalam bilik,, matanya terpacu terus menatap ke arah deretan kelengkapan sembahyang dan Al-Quran.. dirinya tergamam sebentar, kata kata Haikal sebentar tadi mengusir lamunan.. langkahnya di hayun ke dalam bilik air mengambil air sembahyang dan menunaikan solat..
"Doa anak anak yang soleh." hadis nabi s.a.w itu sentiasa menjadi panduan saat dirinya sedih mengenangkan ayahnya..
Terima Kasih Allah kerana Telah Menghantar rakan sebaik-baik Haikal :)
Saturday, January 19, 2013
Ayuh Bersama Menggapai Mardhotillah!
ASSALAMUALAIKUM
Siapa kata hidup ini tiada yang susah? Saya pasti ada yang berkata "ya, tiada yang susah" dan ada yang berkata "la... la." Jika anda lontarkan soalan ini kepada saya, maka dengan bersahaja saya akan tersenyum. Anda tahu, jika kita mencintai Allah dan Rasulnya.. maka segala perjalanan hidup di muka bumi ini akan mudah dan tenteram malah kemanisan iman itu juga semakin hampir kepada kita. Anda tahu mengapa? kerana bila kita mencintai Allah, maka dengan secara automatiknya kita akan meninggalkan larangan Allah dan melakukan segala galanya kerana Allah. Apabila rasa cinta kita kepada nabi sudah hadir maka dengan serta merta kita akan menghidupkan sunnah Rasulullah itu di dalam diri kita dan di mana. Anda tahu apa itu Mardhotillah? Saya tahu akan ada yang menjawab
"Entah.."
"Tak Tahulah. Apa Tu?"
Setiap kali saya bertanyakan hal yang sama. Itulah jawapan yang sering kali saya dengari. Baiklah, Mardhotillah itu adalah mencari redha Allah. Strive to Mardhotillah bak kata omputih. Bila kita sebut mardhotillah maka everything yang kita lakukan hanyalah semata mata kerana mencari redha Allah. Contohnya, Saya bertudung labuh bukanlah semata mata kerana peraturan sekolah, tetapi saya bertudung labuh adalah kerana saya inginkan keredhaan Allah. Tudung labuh, tutup dada, tiada bonggol unta dan tidak bertabarruj. MasyaAllah wanna be the one :') and insyaAllah kita gapai mardhotillah itu bersama. Bila kita ditimpa ujian atau bencana.. sebutlah "Innalillahhiwainnalillahhirojiun" bukannya kita membuka seribu langkah pergi ke atas bumbung untuk menjerit sebab tak tahan dengan ujian yang Allah beri. Cuba anda selak buku buku yang telah dinukilkan saudara Hilal Asyraf, pasti akan ada sedikit sebanyak terkesan dengan kata kata dan soalan yang dilontarkannya kepada pembaca. Anda tahu, saya sangat tertarik dengan gaya penulisannya yang lembut, dan tutur bahasanya yang elok. Antara salah satu bab yang paling saya suka di dalam buku bukunya adalah "Menyembur Api Ke Langit." mungkin tajuknya sedikit kurang ajar. Tapi percayalah di sebalik perkataan yang kurang ajar itu terselit maknanya yang tersendiri.
Mahu bersama saya?
Ayuh kita koreksi diri dan bersabar di dalam mehnah yang Allah beri :)
Siapa kata hidup ini tiada yang susah? Saya pasti ada yang berkata "ya, tiada yang susah" dan ada yang berkata "la... la." Jika anda lontarkan soalan ini kepada saya, maka dengan bersahaja saya akan tersenyum. Anda tahu, jika kita mencintai Allah dan Rasulnya.. maka segala perjalanan hidup di muka bumi ini akan mudah dan tenteram malah kemanisan iman itu juga semakin hampir kepada kita. Anda tahu mengapa? kerana bila kita mencintai Allah, maka dengan secara automatiknya kita akan meninggalkan larangan Allah dan melakukan segala galanya kerana Allah. Apabila rasa cinta kita kepada nabi sudah hadir maka dengan serta merta kita akan menghidupkan sunnah Rasulullah itu di dalam diri kita dan di mana. Anda tahu apa itu Mardhotillah? Saya tahu akan ada yang menjawab
"Entah.."
"Tak Tahulah. Apa Tu?"
Setiap kali saya bertanyakan hal yang sama. Itulah jawapan yang sering kali saya dengari. Baiklah, Mardhotillah itu adalah mencari redha Allah. Strive to Mardhotillah bak kata omputih. Bila kita sebut mardhotillah maka everything yang kita lakukan hanyalah semata mata kerana mencari redha Allah. Contohnya, Saya bertudung labuh bukanlah semata mata kerana peraturan sekolah, tetapi saya bertudung labuh adalah kerana saya inginkan keredhaan Allah. Tudung labuh, tutup dada, tiada bonggol unta dan tidak bertabarruj. MasyaAllah wanna be the one :') and insyaAllah kita gapai mardhotillah itu bersama. Bila kita ditimpa ujian atau bencana.. sebutlah "Innalillahhiwainnalillahhirojiun" bukannya kita membuka seribu langkah pergi ke atas bumbung untuk menjerit sebab tak tahan dengan ujian yang Allah beri. Cuba anda selak buku buku yang telah dinukilkan saudara Hilal Asyraf, pasti akan ada sedikit sebanyak terkesan dengan kata kata dan soalan yang dilontarkannya kepada pembaca. Anda tahu, saya sangat tertarik dengan gaya penulisannya yang lembut, dan tutur bahasanya yang elok. Antara salah satu bab yang paling saya suka di dalam buku bukunya adalah "Menyembur Api Ke Langit." mungkin tajuknya sedikit kurang ajar. Tapi percayalah di sebalik perkataan yang kurang ajar itu terselit maknanya yang tersendiri.
Mahu bersama saya?
Ayuh kita koreksi diri dan bersabar di dalam mehnah yang Allah beri :)
Wednesday, December 19, 2012
Give Up? But Why?
"Ukhti Irsya! Ukhti Irsya!"
"Ya Aisyah." *melemparkan senyuman*
"Ana nak tanya ni, anti dapat berapa."
"Ana tidak sehebat kamu Aisyah, yang sentiasa mendapat straight A's setiap kali dalam peperiksaan."
"Anti jangan cakap macam tu, ana pun bukan sehebat yang anti sangkakan. anti cakap je ana tak gelakkan."
"Ana.. Ana.. Ana dapat 5A 4B je."
"Eh, anti bersyukur la daripada tiada apa apa."
"Ana give up la Irsya."
"Anti nak give up? but why?"
"Yalah.. ana tak dapat berikan apa yang mak ayah ana inginkan."
"Anti nak tahu sesuatu tak?"
"Emm... apa dia?"
"Ana ada kenal dengan seorang hamba Allah ni.. masa dia UPSR she's got 5A's, but when PMR dia main main and tak concern dengan apa yang cikgu cakap, lastly dia dapat only 3A's on PMR. SPM dia pun macam tu juga tak concern dekat kelas, SPM dia cuma dapat 1A's. Bila dah macam tu, dia mula sedar and dia teruskan usaha dia di universiti. dia bina hidup baru dengan moto yang baru. Anti tahu akhirnya dia dapat apa?"
"Entah. anugerah dekan kot."
"Yup, betul tu.. dia dapat anugerah dekan. sebab after SPM dia mulakan perjalanan baru dan dia tak pernah give up, dia gagahkan diri dia walau cemuhan yang dilemparkan sentiasa mengiringi perjalanan dia untuk menempuh kejayaan. Anti nak tahu lagi?"
"Eh nak nak."
"Ada seorang ulama pernah berkata: 'Berputus asa di tengah perjalanan adalah kerana kesilapan kita di titik permulaan.' dan ada masa kita di bawah.. dan ada masa kita berada di atas.. macam roda. So, macam mana? Anti nak putus asa lagi?"
"Eh, tak nak lah, macam lagu Jason Mraz yang tajuk dia I won't give up. syukran jiddan jiddan ya Irsya."
"Afwan ya Aisyah, apa guna kawan kalau tak membantu. ye dok? tidak mengapa ini baru sedikit.. masih ada ujian yang menanti kita di hadapan tu."
"Betul betul betul"
note: Jangan mudah putus asa, sebab manusia ada turun naiknya.. macam roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)

