Ukhwah..
benda yang mungkin nampak simple dari segi sebutannya, namun dari segi hati ia sangat awesome.
fillah..
lillah..
Bersahabat kerana Allah, InsyaAllah kekal hingga ke akhirnya.
badannya disandarkan kebelakang
kedengaran sedikit keluhan dan dengusan keluar dari mulutnya. tangan didepakan selebar lebarnya di bahagian atas sofa..
hatinya menangis dalam diam. dirinya dirasakan sedikit futur. Asyriq sekadar memerhati.
"Assir.. enta okay tak ni?" Asyriq menghampiri
"tak ada apa ana letih ni." Assir memberi helah
"kalau macam tu pergilah bersiap.. ana bawa enta pergi somewhere." Asyriq senyum plastik
Assir bangun perlahan menuju ke dalam bilik. dia mencapai t-shirt traible. kemeja putih ditanggalkan.
baju traible disarungkan.. dia memandang sepi Al-quran di tepi. 'hmm,, dah lama aku tak baca ayat chenta Allah.' desus hati kecilnya. lamunannya terhenti Asyriq memanggil.
"kejap riq,, aku tengah kemas sikit ni." perlahan Assir berkata
Asyriq mencapai kunci kereta. deruman enjin kedengaran. Assir mempercepatkan langkah. pintu kereta dibuka, punggung dilabuhkan.
di dalm kereta suasana hening seketika.
"Assir.. enta kenapa ni? tak nak cerita?" Asyriq sedikit memujuk.
"hmm.. tak ada apa laa riq." kepala ditalakan ke luar.
"enta ni,, ingat ana baru kenal enta semalam ke?" Asyriq menepuk nepuk bahu Assir.
kereta toyota prius dihentikan.. Asyriq menapak keluar. Assir membuntuti langkah
"riq.. enta sedih tak kalau ana masuk neraka.?" Assir membuka bicara.
"eh,, sedihlah."
"hmmm.. enta rasa ada sinar lagi tak untuk ana berubah."
"apa ni sir.. selagi mana dunia ni tak sampai at the en.. enta still boleh berubah." Asyriq menutur bicara sebaik mungkin.
"ana rasa diri ana dah jauh sangat dengan tuhan."
"tak apa.. enta selangkah mencari Allah, berlari Allah mengejar enta."
"masih ada sinar lagi ke untuk ana.. menikmati cahaya ilahi."
"insyaAllah ada.. pintu taubat kan sentiasa terbuka kecuali bila kiamat dah datang. hah amacam?"
hati Assir terusik. dia melemparkan senyum
"dah lah.. jom kita pergi dekat sana.. ana belanja enta Aiskrim."
bersambung...
No comments:
Post a Comment