About Me

My photo
kUala LumPur, Malaysia
...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...

Monday, November 25, 2013

MaUnBe!


Setiap hari.
Engkau berfikir.
Adakah esok nafasmu akan terhenti?
Dimana.
 ianya bukan untuk sementara.
Tetapi untuk selamanya.
Kemudian.
Engkau berfikir lagi.
Apakah amalanmu setinggi gunung?
atau.
Amalanmu serata Daratan? 
Engkau tidak mampu nak menilai.
Kerana.
Terkadang amalanmu.
Mungkin.
Ada yang tidak Ikhlas.
Mungkin.
Ada yang tidak Khusyuk.
Mungkin.
Ada yang tidak Allah Redhai.
Mungkin.
Ada yang tidak mengikut garis Islam.
Segala-galanya mungkin.
Sebab.
Engkau cumalah Insan biasa.
Dimana.
Tidaklah semaksum nabi.
Jadi.
Untuk engkau merendah diri.
Engkau cuba untuk tidak berbangga diri.
Kerana.
Engkau tahu dibawah bumi ini.
Adanya para Nabi dan para Sabiin.
Tertimbus juga para Syahid didalamnya.
Lantas.
Adakah engkau mahu berdiam diri?
Adakah engkau tidak mahu menjadi seperti mereka?
Yang tempatnya di sisi Allah..
Dan akan dibangkitkan dengan.
para Nabi..
 dan Alim ulama..
Bertanyalah pada dirimu sendiri.
Kerana 
Engkau mempunyai jawapannya.

 Nukilan.
-H2-
2013

No comments:

Post a Comment