About Me

My photo
kUala LumPur, Malaysia
...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...

Monday, November 25, 2013

MaUnBe!


Setiap hari.
Engkau berfikir.
Adakah esok nafasmu akan terhenti?
Dimana.
 ianya bukan untuk sementara.
Tetapi untuk selamanya.
Kemudian.
Engkau berfikir lagi.
Apakah amalanmu setinggi gunung?
atau.
Amalanmu serata Daratan? 
Engkau tidak mampu nak menilai.
Kerana.
Terkadang amalanmu.
Mungkin.
Ada yang tidak Ikhlas.
Mungkin.
Ada yang tidak Khusyuk.
Mungkin.
Ada yang tidak Allah Redhai.
Mungkin.
Ada yang tidak mengikut garis Islam.
Segala-galanya mungkin.
Sebab.
Engkau cumalah Insan biasa.
Dimana.
Tidaklah semaksum nabi.
Jadi.
Untuk engkau merendah diri.
Engkau cuba untuk tidak berbangga diri.
Kerana.
Engkau tahu dibawah bumi ini.
Adanya para Nabi dan para Sabiin.
Tertimbus juga para Syahid didalamnya.
Lantas.
Adakah engkau mahu berdiam diri?
Adakah engkau tidak mahu menjadi seperti mereka?
Yang tempatnya di sisi Allah..
Dan akan dibangkitkan dengan.
para Nabi..
 dan Alim ulama..
Bertanyalah pada dirimu sendiri.
Kerana 
Engkau mempunyai jawapannya.

 Nukilan.
-H2-
2013

Thursday, November 21, 2013

PenguatSemangatku Via UNIC







Colourfull.

Wonderfull.

Make It Up-Sam Tsui berdentum di headphone. Deck masih kekal di tangan. tak ada mood nak main barangkali. air mineral di tangan di letak tepi. DSLR di leher ditarik perlahan melepasi kepala. IPhone dikeluarkan perlahan dari kocek. aplikasi WhatsApp dicari.

jari jemari sibuk menekan kekunci:

"Afr.. teman aku dekat playground."

butang send ditekan. 

buku mikroekonomi ditenung sedalam dalamnya. Dari pukul 8.00 a.m dia dekat bench duduk je tak berganjak sikitpun. sekejap sekejap buka buku mikroekonomi, sekejap sekejap buka buku Hilal, sekejap sekejap check IPhone.  ini kalau orang tengok dia ni.. mesti rasa yang dia ni dah kena sampuk dengan jin pawang temberang kampung mana ntah. dia mencapai IPhone dibalik timbunan buku. dia sedar pop-up mesej berbunyi. Aplikasi WhatsApp dibuka.

  Afr.. teman aku dekat playground.

"yekkk.. dah kenapa budak  kecik sorang ni." Afr bercakap sendirian. sambil menaip.

'okay.. aku datang.' send.

Make It Up dah di penghujung lagu. bayang Afr masih tak kelihatan. Dia meraup wajahnya. 

"manaaaalaaaaaa... Afr ni perg........ Ohh! mak kau istighfar banyak kali." Amal sudah mengusap usap dadanya yang terkejut melihat Afr yang tiba tiba melompat dari sebelahnya.

"Hoiii!! jantung aku ni tak kukuh.. terperanjatkan pula. nasib baik tak runtuh." Amal dah membebel

"hehehe kasi ampun laa brader.. tak sengaja. BTW! kau melatah ek? haha" Afr dah ketawa mengekek.

"Hah ni apa hal.. suruh aku datang bagai." Afr bertanya.

"Aku ada masalah ni." muka Amal kembali pucat. yang Afr pula.. dah angkat kening double-jerk.

"Asal? pasal paperwork lagi kah?" Afr bertanya. Amal hanya mengangguk.

"Aku letih baii.. nak kena tu nak kena ni lagi. Esaimen aku tu dah berlogok macam sampah dah dekat Malaysian Hall tu." luah Amal. sambil kakinya dihayun tanda protes laa tu.

"hmmmm.. Give me the light light light, you are ma ma ma sunrise." Afr bangun sambil tiru gaya DongWoon menari dalam MV Shadow. 

Amal ketawa.. "hakhakhak kau ni dah kenapaa? bagilah passion dekat aku. menari buat apa."

Afr duduk balik. backpack disebelah dicapai. tangannya diselukkan ke dalam backpack. cuba mencari sesuatu. Amal disebelah memandang kosong.

"Ahah.. dah jumpa. weyh! nahh.." Afr menghulur buku nota berwarna turqoise ke arah Amal.

"Apebenda pula ni?" Amal angkat kening.

"Adalah.. balik Malaysian Hall baru buka. dah jom pergi makan.. aku lapar." tutur Afr sambil buat muka toya.

******

Malaysian Hall.

Backpack dilurutkan perlahan ke lantai. DSLR diletak tepi. buku nota Afr dicapai. diselak helaian pertama. tertulis ditengah tengah mukasurat;

 Walaupun kita pura-pura kuat, tapi Allah tahu kemampuan kita. Allah tahu bila masa kita lemah. Allah tahu bila masa kita rasa rapuh.

Jeda.

helaian demi helaian diselak sehingga terhenti di mukasurat yang tertulis di atasnya. 

'Penguat SemangatKu'

Semalam aku kelukaan
kecewa kehampaan
mencalar ketabahan
Mimpi yang sering ku harapkan
menjadi kenyataan
namun tak kesampaian

Allah..
Inginku hentikan langkah ini
bagaikan tak mampu untuk
ku bertahan
semangat tenggelam
lemah daya
haruskah aku mengerang
namun jiwa ku berbisik
inilah Dugaan
dan mataku kini terbuka 
pada hikmah Dugaan
uji keimanan

Tak dilontarkan-Nya Ujian
Diluar kekuatan
setiap diri insan

Allah..
pimpinlah diriku 
untuk bangkit semula
meneruskan langkah
perjuangan ini
cekalkan hati & semangatku
kurniakan ketabahan..
Agar mimpi jadi nyata

Kepada-Mu
Ku meminta

"Daku mohon agung kudrat-Mu, wahai Tuhan yang satu, segalanya dari-Mu"

Via;UNIC.
LANGKAH TERCIPTA

tanpa sedar air matanya mengalir. 'Amal.. kuat mal. sikit je lagi.' Dia berbisik pada dirinya sendiri. Amal bangun untuk mengambil wudhu'. cuba mencari kekuatan dari Allah.