About Me

My photo
kUala LumPur, Malaysia
...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...

Sunday, August 11, 2013

Siapa Arkitek?







langkahnya diatur perlahan. hembusan nafas dikawal semampunya. jantungnya berdetak laju daripada yang biasa. dengan hanya bersarungkan tee trible dan berseluar tracksuit. santai. pintu bilik 303 dikuak perlahan

"Assalamualaikum." salam diberi.

"Waalaikumussalam. masuklah. then tutup pintu balik." keras percakapannya.

"Anas.. aku nak cakap sikit ni." lembut katanya.

"apa lagi? kau nak bebel lagi eh dekat aku." kasar Anas berkata.

"bukan macam tu.. aku dah lama sebenarnya nak tegur kau ni." tenang Zulkarnain menuturkan.

"hah cakaplah." Anas memalingkan wajah.

"act, kau janganlah buat hal lagi. kita dah besar. boleh fikir mana baik mana buruk. tahun depan kita nak SPM. if engkau selalu keluar masuk keluar masuk dekat dalam bilik mesyuarat tu. apa yang dalam kelas semua kau lost macam tu je. rugi Nas rugi.. kau fikirlah betul betul. mak ayah engkau macam mana nanti?"

Jeda.

"engkau esok besar nak jadi apa?"

"Arkitek. kenapa?"

"engkau tau.. sebenarnya engkau daripada tingkatan empat ni dah boleh jadi arkitek."

"eh.. banyaklah kau nak nipu aku tak ngagak ehhh." kening Anas terangkat sebelah. surprised.

"haha totally serious lah aku cakap. betul. aku pun boleh jadi arkitek." Zulkarnain angkat kening double-jerk

"eh? kau create dekat U mana? dapat Contract dari ceruk mana?" tanya Anas excited.

"Anas.. kau pernah dengar pepatah inggeris yang cakap macam ni. 'Every man is the architect for their own future' itulah sebenarnya yang aku maksudkan tu. and man tu merangkumi permpuan juga."

Jeda.

"fikir betu betul nas.. kau nak create hidup kau macam mana nanti. bila nak buat something yang tak elok ni tangan ni letak dekat dada then cakap 'Inni Akhafullah'." kata Zulkarnain sambil meletakkan tangan di dada.

"Arnain aku ada sinar lagi tak?" tanya Anas.

"Anas.. selagi belum kiamat selagi tu lah ada sinar untuk engkau. yang penting tiang agama tu kau kena bina dulu."

"tiang agama tu apa pula?"

"tiang agama tu solat.. habis je solat. doa banyak banyak. minta pertolongan Allah. Ujian tu penting. sebab Allah nak tengok.. betul ke kita nak berubah sebab Dia. and nak menguji keimanan kita. dulu aku pun macam kau. apa yang aku cakap ni sebenarnya teguran daripada yang Maha Esa untuk engkau. aku cuma perantaraan di antara engkau dan Dia."

"doakan aku Arnain." mata Anas sedikit bergenang.

"doa untuk kawan kawan aku tak pernah lupa. berubahlah Anas berubah. aku sayang kau." Zulkarnain memeluk erat Anas.

Setelah memberi salam Zulkarnain menutup pintu bilik 303 perlahan dengan mutiara yang masih bersisa sambil senyuman masih tidak lekang. 'Alahmdulillah Allah dah buka pintu hati dia' tuturnya dalam hati.

bilik 303.

Anas memandang Tafsir Al-quran di atas meja. sepi. tanpa sedar tangannya mencapai Tafsir  dibaca sebaris sebaris. sambil membaca Tafsir di sebelah ayat ayat quran. hatinya jadi tenang. Cintanya pada Allah semakin mekar. Allah dah lama aku tinggalkan Engkau. titisan mutiara menitis laju.

Allah sayangkan kita.
Berubahlah. berubah :)

No comments:

Post a Comment