PUT YOURSELF IN OTHER`S SHOES FIRST BEFORE PUTTING ANY STATEMENT OR JUDGMENT ABOUT THEM... DON`T LET YOUR MOUTH MOVE FASTER THAN YOUR BRAIN!!! #NoteToSelfToo :)
About Me
- BaRacelVT
- kUala LumPur, Malaysia
- ...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...
Sunday, August 11, 2013
Siapa Arkitek?
langkahnya diatur perlahan. hembusan nafas dikawal semampunya. jantungnya berdetak laju daripada yang biasa. dengan hanya bersarungkan tee trible dan berseluar tracksuit. santai. pintu bilik 303 dikuak perlahan
"Assalamualaikum." salam diberi.
"Waalaikumussalam. masuklah. then tutup pintu balik." keras percakapannya.
"Anas.. aku nak cakap sikit ni." lembut katanya.
"apa lagi? kau nak bebel lagi eh dekat aku." kasar Anas berkata.
"bukan macam tu.. aku dah lama sebenarnya nak tegur kau ni." tenang Zulkarnain menuturkan.
"hah cakaplah." Anas memalingkan wajah.
"act, kau janganlah buat hal lagi. kita dah besar. boleh fikir mana baik mana buruk. tahun depan kita nak SPM. if engkau selalu keluar masuk keluar masuk dekat dalam bilik mesyuarat tu. apa yang dalam kelas semua kau lost macam tu je. rugi Nas rugi.. kau fikirlah betul betul. mak ayah engkau macam mana nanti?"
Jeda.
"engkau esok besar nak jadi apa?"
"Arkitek. kenapa?"
"engkau tau.. sebenarnya engkau daripada tingkatan empat ni dah boleh jadi arkitek."
"eh.. banyaklah kau nak nipu aku tak ngagak ehhh." kening Anas terangkat sebelah. surprised.
"haha totally serious lah aku cakap. betul. aku pun boleh jadi arkitek." Zulkarnain angkat kening double-jerk
"eh? kau create dekat U mana? dapat Contract dari ceruk mana?" tanya Anas excited.
"Anas.. kau pernah dengar pepatah inggeris yang cakap macam ni. 'Every man is the architect for their own future' itulah sebenarnya yang aku maksudkan tu. and man tu merangkumi permpuan juga."
Jeda.
"fikir betu betul nas.. kau nak create hidup kau macam mana nanti. bila nak buat something yang tak elok ni tangan ni letak dekat dada then cakap 'Inni Akhafullah'." kata Zulkarnain sambil meletakkan tangan di dada.
"Arnain aku ada sinar lagi tak?" tanya Anas.
"Anas.. selagi belum kiamat selagi tu lah ada sinar untuk engkau. yang penting tiang agama tu kau kena bina dulu."
"tiang agama tu apa pula?"
"tiang agama tu solat.. habis je solat. doa banyak banyak. minta pertolongan Allah. Ujian tu penting. sebab Allah nak tengok.. betul ke kita nak berubah sebab Dia. and nak menguji keimanan kita. dulu aku pun macam kau. apa yang aku cakap ni sebenarnya teguran daripada yang Maha Esa untuk engkau. aku cuma perantaraan di antara engkau dan Dia."
"doakan aku Arnain." mata Anas sedikit bergenang.
"doa untuk kawan kawan aku tak pernah lupa. berubahlah Anas berubah. aku sayang kau." Zulkarnain memeluk erat Anas.
Setelah memberi salam Zulkarnain menutup pintu bilik 303 perlahan dengan mutiara yang masih bersisa sambil senyuman masih tidak lekang. 'Alahmdulillah Allah dah buka pintu hati dia' tuturnya dalam hati.
bilik 303.
Anas memandang Tafsir Al-quran di atas meja. sepi. tanpa sedar tangannya mencapai Tafsir dibaca sebaris sebaris. sambil membaca Tafsir di sebelah ayat ayat quran. hatinya jadi tenang. Cintanya pada Allah semakin mekar. Allah dah lama aku tinggalkan Engkau. titisan mutiara menitis laju.
Allah sayangkan kita.
Berubahlah. berubah :)
Saturday, August 3, 2013
#1 To The Straight Path!
langkahnya diatur perlahan. penat menapak di QueVicBuild barangkali. kunci rumah dikeluarkan dari kocek.
belum sempat kunci dimasukkan ke dalam celah celah lubang. pintu rumah sudah terkuak sedikit. Asyriq menjenguk di balik pintu. pintu dibuka luas. membiarkan Fiqrash melangkah masuk.
"hah.. kau pergi mana?" Asyriq bertanya. tangannya laju memotong memotong bawang.
"takdak.. pergi mana mana pun. QueVic je kot." balas Fiqrash datar.
"ohh.."
Fiqrash mendaki tangga untuk ke bilik. baju ditarik melepasi kepala. tuala di birai katil dicapai. pintu bilik air dikuak perlahan. seusai mandi, tubuhnya dilontar perlahan di katil. 'apasal ramadhan tahun ni cepat je pergi ek? next week dah raya. hmmmph acaner ni johan?' eh.. apasal johan terbabit pula ni. daydreaming lah kau ni rash.
pintu bilik terkuak. Asyriq masuk.
"rash.. tadarrus jom." sengih Asyriq melebar.
"tadarrus? siap bos." duduk Fiqrash sambil tangannya diangkat ala ala askar wataniah.
sedang ayat ayat suci al-quran dialunkan. Jazlan masuk. tanpa memberi salam hayunan buku limanya tepat menyinggah dada Fiqrash. Asyriq terkesima. Fiqrash mengaduh kesakitan. Asyriq cuba membangunkan Fiqrash.
"eh.. Zulan. kau kenapa tiba-tiba je ni?" soal Asyriq.
"alahhh.. kau tak payah nak back up sangat la mamat tak guna ni. depan kita baik tahap tak ingat, belakang kita siapa tahu. ini pun ada orang cerita dengan aku. eh kalau tak? haram jadah aku tak tahu pasal ni." lepas Jazlan.
"Zulan aku bukan nak back up.. tapi cara kau salah der!" tutur Asyriq.
"melawan pula apa yang aku cakap ni.. dah kau senyap je. sebelum buku lima aku ni singgah dekat pipi kau."
bentak Jazlan. tangannya cuba dihayun ke muka Asyriq tetapi sempat ditepis Fiqrash.
"salah aku bukan salah dia. kau nak tumbuk, tumbuk aku bukannya dia." Fiqrash membalas. sambil tangannya menyuruh Asyriq beredar. Asyriq beredar.
Jeda.
"Zulan.. cuba kau duduk. tenangkan diri. just a minute." Fiqrash memulakan bicara. sambil tangannya memaut bahu Jazlan. belum sempat tangannya meraih. satu pukulan singgah di dadanya kembali. sakit.
perit. tubuhnya terbaring longlai. tanpa henti dia dipukul Jazlan. sampai badannya sudah lembik baru Jazlan keluar dari bilik.
hanya istighfar yang dia mampu lakukan. tersekat sekat. 'Asy.. mana kau' getus hatinya.
Asyriq mengesot tubuhnya ke arah Fiqrash. tubuh Asyriq juga di penuhi darah. ditumbuk barangkali.
"rash.. boleh bangun tak ni?" tanya Asyriq.
bersambung..
Subscribe to:
Posts (Atom)