About Me

My photo
kUala LumPur, Malaysia
...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...

Friday, June 21, 2013

contengan hati buat Teman :')


pada awan biru..
ku melakar kata-kata..
pada langit cerah ku padam semua cerita..
dengarlah mentari suara hatiku menyanyi..
berterbangan jiwa merentasi pelangi..

lifeless..

*rasa empty*

where are you friend?

every time after prayer. doa for antunna semua tak pernah lupa.
but.. why all of this must happen?

*senyum* because Allah want to test us.. how strong our Ukhuwah yang kita selalu said tu
bfftj? ukhuwahfillah?

come on friend.. berubah laa
ana ajak antunna semua jadi baik ni.
ana tak suka korek + cari pahala sensorang.
jadi ana nak heret laaa antunna semua ni.

tak nak? 
tak apa.. hati awak saya tak pegang.
tapi..
hati awak tu Allah yang pegang.

semoga awak dapat cari hidayah Allah
saya cuma asbab je.
saya doakan awak semua kawan..

semoga awak semua jadi awak yang saya kenal dulu..
awak semualah harapan saya masa saya jatuh nanti
dan awak jugalah yang akan ada seiring dengan saya masa saya bangun nanti

mari cari jalan pulang bersama.. kita saling memerlukan
 kita kawan kan..

*lap air mata* 


Wednesday, June 5, 2013

#1 Ukhuwah tidak sesweet Akem







Ukhwah..

benda yang mungkin nampak simple dari segi sebutannya, namun dari segi hati ia sangat awesome.

fillah..

lillah..

Bersahabat kerana Allah, InsyaAllah kekal hingga ke akhirnya.


badannya disandarkan kebelakang

kedengaran sedikit keluhan dan dengusan keluar dari mulutnya. tangan didepakan selebar lebarnya di bahagian atas sofa..
hatinya menangis dalam diam. dirinya dirasakan sedikit futur. Asyriq sekadar memerhati.

"Assir.. enta okay tak ni?" Asyriq menghampiri

"tak ada apa ana letih ni." Assir memberi helah

"kalau macam tu pergilah bersiap.. ana bawa enta pergi somewhere." Asyriq senyum plastik

Assir bangun perlahan menuju ke dalam bilik. dia mencapai t-shirt traible. kemeja putih ditanggalkan.
baju traible disarungkan.. dia memandang sepi Al-quran di tepi. 'hmm,, dah lama aku tak baca ayat chenta Allah.' desus hati kecilnya. lamunannya terhenti Asyriq memanggil.

"kejap riq,, aku tengah kemas sikit ni." perlahan Assir berkata

Asyriq mencapai kunci kereta. deruman enjin kedengaran. Assir mempercepatkan langkah. pintu kereta dibuka, punggung dilabuhkan.

di dalm kereta suasana hening seketika.

"Assir.. enta kenapa ni? tak nak cerita?" Asyriq sedikit memujuk.

"hmm.. tak ada apa laa riq." kepala ditalakan ke luar.

"enta ni,, ingat ana baru kenal enta semalam ke?" Asyriq menepuk nepuk bahu Assir.

kereta toyota prius dihentikan.. Asyriq menapak keluar. Assir membuntuti langkah

"riq.. enta sedih tak kalau ana masuk neraka.?" Assir membuka bicara.

"eh,, sedihlah."

"hmmm.. enta rasa ada sinar lagi tak untuk ana berubah."

"apa ni sir.. selagi mana dunia ni tak sampai at the en.. enta still boleh berubah." Asyriq menutur bicara sebaik mungkin.

"ana rasa diri ana dah jauh sangat dengan tuhan."

"tak apa.. enta selangkah mencari Allah, berlari Allah mengejar enta."

"masih ada sinar lagi ke untuk ana.. menikmati cahaya ilahi."

"insyaAllah ada.. pintu taubat kan sentiasa terbuka kecuali bila kiamat dah datang. hah amacam?"

hati Assir terusik. dia melemparkan senyum

"dah lah.. jom kita pergi dekat sana.. ana belanja enta Aiskrim."

                                                                                                                         bersambung...