PUT YOURSELF IN OTHER`S SHOES FIRST BEFORE PUTTING ANY STATEMENT OR JUDGMENT ABOUT THEM... DON`T LET YOUR MOUTH MOVE FASTER THAN YOUR BRAIN!!! #NoteToSelfToo :)
About Me
- BaRacelVT
- kUala LumPur, Malaysia
- ...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...
Wednesday, December 19, 2012
Give Up? But Why?
"Ukhti Irsya! Ukhti Irsya!"
"Ya Aisyah." *melemparkan senyuman*
"Ana nak tanya ni, anti dapat berapa."
"Ana tidak sehebat kamu Aisyah, yang sentiasa mendapat straight A's setiap kali dalam peperiksaan."
"Anti jangan cakap macam tu, ana pun bukan sehebat yang anti sangkakan. anti cakap je ana tak gelakkan."
"Ana.. Ana.. Ana dapat 5A 4B je."
"Eh, anti bersyukur la daripada tiada apa apa."
"Ana give up la Irsya."
"Anti nak give up? but why?"
"Yalah.. ana tak dapat berikan apa yang mak ayah ana inginkan."
"Anti nak tahu sesuatu tak?"
"Emm... apa dia?"
"Ana ada kenal dengan seorang hamba Allah ni.. masa dia UPSR she's got 5A's, but when PMR dia main main and tak concern dengan apa yang cikgu cakap, lastly dia dapat only 3A's on PMR. SPM dia pun macam tu juga tak concern dekat kelas, SPM dia cuma dapat 1A's. Bila dah macam tu, dia mula sedar and dia teruskan usaha dia di universiti. dia bina hidup baru dengan moto yang baru. Anti tahu akhirnya dia dapat apa?"
"Entah. anugerah dekan kot."
"Yup, betul tu.. dia dapat anugerah dekan. sebab after SPM dia mulakan perjalanan baru dan dia tak pernah give up, dia gagahkan diri dia walau cemuhan yang dilemparkan sentiasa mengiringi perjalanan dia untuk menempuh kejayaan. Anti nak tahu lagi?"
"Eh nak nak."
"Ada seorang ulama pernah berkata: 'Berputus asa di tengah perjalanan adalah kerana kesilapan kita di titik permulaan.' dan ada masa kita di bawah.. dan ada masa kita berada di atas.. macam roda. So, macam mana? Anti nak putus asa lagi?"
"Eh, tak nak lah, macam lagu Jason Mraz yang tajuk dia I won't give up. syukran jiddan jiddan ya Irsya."
"Afwan ya Aisyah, apa guna kawan kalau tak membantu. ye dok? tidak mengapa ini baru sedikit.. masih ada ujian yang menanti kita di hadapan tu."
"Betul betul betul"
note: Jangan mudah putus asa, sebab manusia ada turun naiknya.. macam roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah.
Monday, December 17, 2012
Just Because Of Sock
"Eh, Risy awak tunggu kejap eh. Saya nak ambil barang kejap."
"Bereh bohh. saya suka main tunggu tunggu ni."
5 minit kemudian
"Eh, Ima awat hang lama sangat dekat atas tu?"
"Okay okay dah siap." *Sambil menuruni anak tangga*
"Lakkkkk... sebab stokin je awak dah bazir kan 5 minit? Ima Ima"
"Ermm Risy sorry lah bukannya sengaja.."
"Okay okay tak apa." *Pakai kasut*
"Okay jom.. Saya dah siap dah ni, nanti lambat pula kita ke kuliah."
"AAA.. Emm kenapa saya rasa macam tak selesa ek? pakai kasut ni?"
"Awak mungkin lupa ni kot.." *goyang goyang stokin*
"Eh.. haah la ishhh malu lah saya kalau orang tau saya pakai stokin K-Pop."
"Tak apa lah.. dari orang tengok kaki awak tu. ada ke tak dosanya. Kesian ayah awak tau."
"Ima.. tak pakai stokin pun dosa ke?"
"okay lah saya nak tanya awak.. aurat perempuan dari mana ke mana?"
"Seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan."
"Agak agak awak lah kan Risy.. kaki tu termasuk tak dalam kategori terkecuali?"
"Tak.. Sebab yang terkecuali hanya muka dan tapak tangan."
Monday, December 10, 2012
Hati Kamu & Allah Sentiasa Bertaut.
ASSALAMUALAIKUM
Ya Allah rindunya saya dengan blog ni. Dah lama tak buka ni hehe okay By The Way! sebenarnya saya tengah cuak menunggu keputusan PMR keluar ni.. Doakan saya tau guys.. haaa disebabkan saya tengah menunggu keputusan ni, saya ada beberapa tips yang nak dikongsikan bersama pembaca saya tak kiralah akak akak yang comel lote tu ke abang abang ke and adik adik kecit kemetod tu ke. Silakanlah baca ye :)
#1.Bangun Tahajjud
Actually bangun tahajjud ni bukannya korang buat bila rasa macam dah nak dekat keluar keputusan atau nak exam ke apa lah tetapi lakukanlah selalu apa orang putih kata tu.. 'almost' eh? hehe tak pandai sangat pun nak speaking speaking ni. Apa yang saya cakap ni cuma cadangan.. yalah daripada kita text dengan makwe/pakwe kita sampai pukul 2.00 pagi lepas tu terjaga lebih baik kita tahajjud ye tak. Perbanyakkan TAHAJJUD apabila kamu perlukan perlindungan dan kekuatan hati. Alaa apa salahnya berdua duaan dengan Allah. Walau tangan tak bersentuh. Tapi hati kamu dengan Allah sentiasa bertaut :)
#2.BerQiamullail
hah.. bila dah bangun untuk tahajjud tu sambung je lah terus dengan Qiamullail. amacam okay tak ? Mintalah Allah tabahkan hati kita saat mengambil keputusan tu nanti. And mohon agar keputusan kita tu setimpal dengan usaha yang telah kita lakukan. In shaa Allah.. hah bila doa tu jangan selfish tau. doakan kejayaan orang lain juga.. Antum permudahkan orang, Allah permudahkan antum balik. wallahhualam.
#3.Dhuha
Solatlah dhuha wahai antum semua. Rajin rajinkanlah melakukan solat Dhuha sesungguhnya solat dhuha itu merupakan senaman kepada tulang tulang ruas kita. Melakukannya hanya memerlukan beberapa minit sahaja tak sampai satu jam pun dan in shaa Allah Allah akan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah kepada kita wallahhualam.
Note: disaat kau jatuh dan bangun.. Percayalah Allah berada di sisi kamu. Semoga Allah Permudahkan Urusanmu :)

Subscribe to:
Posts (Atom)