About Me

My photo
kUala LumPur, Malaysia
...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...

Monday, December 8, 2014

sentuhan dhuha.

Nidak hanya memandang sepi  rakan dihadapannya yang sedang bertekak sakan pasal apa ntah. Dia hanya meneruskan suapan makanan tengahari itu. Nidak orangnya pendiam, tenang, selamba. 

"korang nak bertekak sampai bila?" soal Nidak tenang.

Lee dengan Hasif berhenti. memasing diam. terus suap makanan dalam mulut.
Jeda.
nasi di pinggan habis licin. Nidak bangun. Hasif dengan Lee follow je.

Nidak berhenti. pusing belakang.

"korang ni kenapa.. aku lepas ni ada kelas law."

"haha kitaorang saja je. sayang nak tinggalkan kau." Hasif jawab sambil dah memusingkan badan berpaling ke arah jalan nak balik Malaysian Hall.

Nidak hanya menggelengkan kepala. langkahnya diatur perlahan ke arah dewan kuliah. headphone di leher dinaikkan kembali di atas kepala. 

"Nidak! Nidak!" Asyraf berteriak dari belakang.

Nidak melurutkan headphone di kepala. "hah.. apa hal ni Asy?"

"Hasif dengan Lee accident." Asyraf beritahu senafas.

"hah?" Nidak seolah olah tak percaya dengan apa yang dah jadi. 

***

dah nak dekat sebulan dah Hasif dengan Lee pergi. dah nak dekat sebulan tu juga laa Nidak hidup sepi tanpa gelak tawa diaorang. haritu family diaorang datang amik barang.

ingat lagi masa last usrah dengan Hasif dan Lee

"dalam hidup ni kita kena selalu tabah, sebab tuhan sentiasa nak menguji iman kita ni. bila dugaan menimpa. just cakap "innalillahhiwaiinnalillahirojiun." kata Hasif.

"betul tu. pernah dengar hadis ni? "Rasulullah S.A.W. bersabda; iman itu ibarat air yang mendidih.'" sambung lee lagi.

"Assalamualaikum." Asyraf memberi salam di luar pintu diselangi dengan ketukan.

pintu bilik terkuak sedikit. 

"Asyraf.. hmmm masuklah." kata Nidak malas.

"kau okay?" 

"alhamdulillah okay." kelopak mata Nidak terasa panas, air mata meluncur laju.

"weyh, nangis? dah laa takmo takmo. jom aku bawa kau keluar. kita tengok alam." sengih Asyraf.

"okay."

***
Nidak sengaja membiarkan kakinya dilanggar ombak. kakinya bermain main dengan air. terkuis kuis seperti mencari permata. Asyraf hanya memandang sepi. dia membiarkan Nidak bermain dengan perasaannya sendiri. 

Asyraf datang mendekat. dia memaut bahu Nidak.

"Nidak.. kau ingat surah dhuha ayat 3?" tanya Asyraf.

"ingat."

"bacakan makna dia untuk aku."

"Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci kepadamu."

Nidak diam. 
"fahamkan apa yang aku cuba nak sampaikan?"

"faham. terima kasih. aku lupa yang tuhan tu ada sentiasa."

"dah.. dah.." Asyraf menepuk nepuk bahu Nidak.


penanggungan tu pahit, perit tapi takkan lah nak biarkan pahit tu meracuni diri
jadi.. hati perlu sado.
Tuhan selalu bersama sama dengan kita.

dadiw
4102/rebmesid/9

 


Monday, November 25, 2013

MaUnBe!


Setiap hari.
Engkau berfikir.
Adakah esok nafasmu akan terhenti?
Dimana.
 ianya bukan untuk sementara.
Tetapi untuk selamanya.
Kemudian.
Engkau berfikir lagi.
Apakah amalanmu setinggi gunung?
atau.
Amalanmu serata Daratan? 
Engkau tidak mampu nak menilai.
Kerana.
Terkadang amalanmu.
Mungkin.
Ada yang tidak Ikhlas.
Mungkin.
Ada yang tidak Khusyuk.
Mungkin.
Ada yang tidak Allah Redhai.
Mungkin.
Ada yang tidak mengikut garis Islam.
Segala-galanya mungkin.
Sebab.
Engkau cumalah Insan biasa.
Dimana.
Tidaklah semaksum nabi.
Jadi.
Untuk engkau merendah diri.
Engkau cuba untuk tidak berbangga diri.
Kerana.
Engkau tahu dibawah bumi ini.
Adanya para Nabi dan para Sabiin.
Tertimbus juga para Syahid didalamnya.
Lantas.
Adakah engkau mahu berdiam diri?
Adakah engkau tidak mahu menjadi seperti mereka?
Yang tempatnya di sisi Allah..
Dan akan dibangkitkan dengan.
para Nabi..
 dan Alim ulama..
Bertanyalah pada dirimu sendiri.
Kerana 
Engkau mempunyai jawapannya.

 Nukilan.
-H2-
2013

Thursday, November 21, 2013

PenguatSemangatku Via UNIC







Colourfull.

Wonderfull.

Make It Up-Sam Tsui berdentum di headphone. Deck masih kekal di tangan. tak ada mood nak main barangkali. air mineral di tangan di letak tepi. DSLR di leher ditarik perlahan melepasi kepala. IPhone dikeluarkan perlahan dari kocek. aplikasi WhatsApp dicari.

jari jemari sibuk menekan kekunci:

"Afr.. teman aku dekat playground."

butang send ditekan. 

buku mikroekonomi ditenung sedalam dalamnya. Dari pukul 8.00 a.m dia dekat bench duduk je tak berganjak sikitpun. sekejap sekejap buka buku mikroekonomi, sekejap sekejap buka buku Hilal, sekejap sekejap check IPhone.  ini kalau orang tengok dia ni.. mesti rasa yang dia ni dah kena sampuk dengan jin pawang temberang kampung mana ntah. dia mencapai IPhone dibalik timbunan buku. dia sedar pop-up mesej berbunyi. Aplikasi WhatsApp dibuka.

  Afr.. teman aku dekat playground.

"yekkk.. dah kenapa budak  kecik sorang ni." Afr bercakap sendirian. sambil menaip.

'okay.. aku datang.' send.

Make It Up dah di penghujung lagu. bayang Afr masih tak kelihatan. Dia meraup wajahnya. 

"manaaaalaaaaaa... Afr ni perg........ Ohh! mak kau istighfar banyak kali." Amal sudah mengusap usap dadanya yang terkejut melihat Afr yang tiba tiba melompat dari sebelahnya.

"Hoiii!! jantung aku ni tak kukuh.. terperanjatkan pula. nasib baik tak runtuh." Amal dah membebel

"hehehe kasi ampun laa brader.. tak sengaja. BTW! kau melatah ek? haha" Afr dah ketawa mengekek.

"Hah ni apa hal.. suruh aku datang bagai." Afr bertanya.

"Aku ada masalah ni." muka Amal kembali pucat. yang Afr pula.. dah angkat kening double-jerk.

"Asal? pasal paperwork lagi kah?" Afr bertanya. Amal hanya mengangguk.

"Aku letih baii.. nak kena tu nak kena ni lagi. Esaimen aku tu dah berlogok macam sampah dah dekat Malaysian Hall tu." luah Amal. sambil kakinya dihayun tanda protes laa tu.

"hmmmm.. Give me the light light light, you are ma ma ma sunrise." Afr bangun sambil tiru gaya DongWoon menari dalam MV Shadow. 

Amal ketawa.. "hakhakhak kau ni dah kenapaa? bagilah passion dekat aku. menari buat apa."

Afr duduk balik. backpack disebelah dicapai. tangannya diselukkan ke dalam backpack. cuba mencari sesuatu. Amal disebelah memandang kosong.

"Ahah.. dah jumpa. weyh! nahh.." Afr menghulur buku nota berwarna turqoise ke arah Amal.

"Apebenda pula ni?" Amal angkat kening.

"Adalah.. balik Malaysian Hall baru buka. dah jom pergi makan.. aku lapar." tutur Afr sambil buat muka toya.

******

Malaysian Hall.

Backpack dilurutkan perlahan ke lantai. DSLR diletak tepi. buku nota Afr dicapai. diselak helaian pertama. tertulis ditengah tengah mukasurat;

 Walaupun kita pura-pura kuat, tapi Allah tahu kemampuan kita. Allah tahu bila masa kita lemah. Allah tahu bila masa kita rasa rapuh.

Jeda.

helaian demi helaian diselak sehingga terhenti di mukasurat yang tertulis di atasnya. 

'Penguat SemangatKu'

Semalam aku kelukaan
kecewa kehampaan
mencalar ketabahan
Mimpi yang sering ku harapkan
menjadi kenyataan
namun tak kesampaian

Allah..
Inginku hentikan langkah ini
bagaikan tak mampu untuk
ku bertahan
semangat tenggelam
lemah daya
haruskah aku mengerang
namun jiwa ku berbisik
inilah Dugaan
dan mataku kini terbuka 
pada hikmah Dugaan
uji keimanan

Tak dilontarkan-Nya Ujian
Diluar kekuatan
setiap diri insan

Allah..
pimpinlah diriku 
untuk bangkit semula
meneruskan langkah
perjuangan ini
cekalkan hati & semangatku
kurniakan ketabahan..
Agar mimpi jadi nyata

Kepada-Mu
Ku meminta

"Daku mohon agung kudrat-Mu, wahai Tuhan yang satu, segalanya dari-Mu"

Via;UNIC.
LANGKAH TERCIPTA

tanpa sedar air matanya mengalir. 'Amal.. kuat mal. sikit je lagi.' Dia berbisik pada dirinya sendiri. Amal bangun untuk mengambil wudhu'. cuba mencari kekuatan dari Allah.

Saturday, October 5, 2013

Falah si Langit. Syud si Pelangi






sliding door ditolak perlahan. hembusan bayu pagi menerpa tubuhnya. segar. tubuhnya menggeliat sedikit. sesekali bunyi dentingan sudu berlaga memecah kesunyian. kemeja blu black seperti biasa disarung bersama
seluar slack. rutin setiap hari Falah. mencari pelangi dan melontar pandang ke arah langit. sejak dibangku sekolah lagi dia sudah begitu.

Form 1

"Falah.. lawakan benda alah tu." kata syud. sambil tangannya ditunjuk ke arah langit.

"kau ni Syud.. tu kan pelangi." Falah menjawab selamba.

"ohh.. nama dia pelangi ke?" Syud bertanya ingin tahu.

"haah nama dia pelangi Syud. pelangi ni selalu datang lepas hujan panas.. kalau kau nak tengok hari hari pun boleh." Falah buat lawak tak bernada.

"eh.. macam mana?" Syud. excited.

"kau belilah gula-gula skittle banyak banyak dari kedai runcit makcik salbiah kau tu.. hehehe" Falah tersengih

"ishh.. kau ni. main main dengan aku pula." Syud merengus geram.

"eh.. Syud kau suka tengok pelangi. aku pula suka tengok langit. bersih. nyaman." Falah mengomel lagi

"dalam surah Al-'Araf Allah ada berfirman yang mana kita gunakanlah mata yang dikurniakan ni dengan melihat ciptaan Allah." Syud menerangkan.

"eh.. nanti kalau kita dah berpisah macam mana ek? dah takde lepak lepak king macam ni lagi."

"senang je Falah.. kau tengok langit selalu. sebab kita masih di bawah langit yang sama." Syud tersenyum

"weyh.. Syud kita ukhuwahfillah. amacam?" Falah sudah bangun dari perbaringannya.

"okay je.. aku tambah sikit. ukhuwahfillah abadan abada" Syud tunjuk ibu jari

"dah.. jom kita pergi latihan. nanti tak masal masal abang Irsyad marah pula" Falah menarik Syud.

"tata pelangi.. nanti kau muncul lagi tau." Syud sengih lebar.


Falah si pencinta Langit. Syud si pelangi.
Ukhuwah mereka dari situ. Falah tersenyum lebar.

"Falah!!! pergi kerja cepat nak" Datin Baizura menjerit dari tangga bawah. lamunan Falah terhenti.

"okay.. ma."

Syud aku rindu kau.
sangat.

Sunday, August 11, 2013

Siapa Arkitek?







langkahnya diatur perlahan. hembusan nafas dikawal semampunya. jantungnya berdetak laju daripada yang biasa. dengan hanya bersarungkan tee trible dan berseluar tracksuit. santai. pintu bilik 303 dikuak perlahan

"Assalamualaikum." salam diberi.

"Waalaikumussalam. masuklah. then tutup pintu balik." keras percakapannya.

"Anas.. aku nak cakap sikit ni." lembut katanya.

"apa lagi? kau nak bebel lagi eh dekat aku." kasar Anas berkata.

"bukan macam tu.. aku dah lama sebenarnya nak tegur kau ni." tenang Zulkarnain menuturkan.

"hah cakaplah." Anas memalingkan wajah.

"act, kau janganlah buat hal lagi. kita dah besar. boleh fikir mana baik mana buruk. tahun depan kita nak SPM. if engkau selalu keluar masuk keluar masuk dekat dalam bilik mesyuarat tu. apa yang dalam kelas semua kau lost macam tu je. rugi Nas rugi.. kau fikirlah betul betul. mak ayah engkau macam mana nanti?"

Jeda.

"engkau esok besar nak jadi apa?"

"Arkitek. kenapa?"

"engkau tau.. sebenarnya engkau daripada tingkatan empat ni dah boleh jadi arkitek."

"eh.. banyaklah kau nak nipu aku tak ngagak ehhh." kening Anas terangkat sebelah. surprised.

"haha totally serious lah aku cakap. betul. aku pun boleh jadi arkitek." Zulkarnain angkat kening double-jerk

"eh? kau create dekat U mana? dapat Contract dari ceruk mana?" tanya Anas excited.

"Anas.. kau pernah dengar pepatah inggeris yang cakap macam ni. 'Every man is the architect for their own future' itulah sebenarnya yang aku maksudkan tu. and man tu merangkumi permpuan juga."

Jeda.

"fikir betu betul nas.. kau nak create hidup kau macam mana nanti. bila nak buat something yang tak elok ni tangan ni letak dekat dada then cakap 'Inni Akhafullah'." kata Zulkarnain sambil meletakkan tangan di dada.

"Arnain aku ada sinar lagi tak?" tanya Anas.

"Anas.. selagi belum kiamat selagi tu lah ada sinar untuk engkau. yang penting tiang agama tu kau kena bina dulu."

"tiang agama tu apa pula?"

"tiang agama tu solat.. habis je solat. doa banyak banyak. minta pertolongan Allah. Ujian tu penting. sebab Allah nak tengok.. betul ke kita nak berubah sebab Dia. and nak menguji keimanan kita. dulu aku pun macam kau. apa yang aku cakap ni sebenarnya teguran daripada yang Maha Esa untuk engkau. aku cuma perantaraan di antara engkau dan Dia."

"doakan aku Arnain." mata Anas sedikit bergenang.

"doa untuk kawan kawan aku tak pernah lupa. berubahlah Anas berubah. aku sayang kau." Zulkarnain memeluk erat Anas.

Setelah memberi salam Zulkarnain menutup pintu bilik 303 perlahan dengan mutiara yang masih bersisa sambil senyuman masih tidak lekang. 'Alahmdulillah Allah dah buka pintu hati dia' tuturnya dalam hati.

bilik 303.

Anas memandang Tafsir Al-quran di atas meja. sepi. tanpa sedar tangannya mencapai Tafsir  dibaca sebaris sebaris. sambil membaca Tafsir di sebelah ayat ayat quran. hatinya jadi tenang. Cintanya pada Allah semakin mekar. Allah dah lama aku tinggalkan Engkau. titisan mutiara menitis laju.

Allah sayangkan kita.
Berubahlah. berubah :)

Saturday, August 3, 2013

#1 To The Straight Path!


langkahnya diatur perlahan. penat menapak di QueVicBuild barangkali. kunci rumah dikeluarkan dari kocek.
belum sempat kunci dimasukkan ke dalam celah celah lubang. pintu rumah sudah terkuak sedikit. Asyriq menjenguk di balik pintu. pintu dibuka luas. membiarkan Fiqrash melangkah masuk.

"hah.. kau pergi mana?" Asyriq bertanya. tangannya laju memotong memotong bawang.

"takdak.. pergi mana mana pun. QueVic je kot." balas Fiqrash datar.

"ohh.."

Fiqrash mendaki tangga untuk ke bilik. baju ditarik melepasi kepala. tuala di birai katil dicapai. pintu bilik air dikuak perlahan. seusai mandi, tubuhnya dilontar perlahan di katil. 'apasal ramadhan tahun ni cepat je pergi ek? next week dah raya. hmmmph acaner ni johan?' eh.. apasal johan terbabit pula ni. daydreaming lah kau ni rash.

pintu bilik terkuak. Asyriq masuk.

"rash.. tadarrus jom." sengih Asyriq melebar.

"tadarrus? siap bos." duduk Fiqrash sambil tangannya diangkat ala ala askar wataniah.

sedang ayat ayat suci al-quran dialunkan. Jazlan masuk. tanpa memberi salam hayunan buku limanya tepat menyinggah dada Fiqrash. Asyriq terkesima. Fiqrash mengaduh kesakitan. Asyriq cuba membangunkan Fiqrash.

"eh.. Zulan. kau kenapa tiba-tiba je ni?" soal Asyriq.

"alahhh.. kau tak payah nak back up sangat la mamat tak guna ni. depan kita baik tahap tak ingat, belakang kita siapa tahu. ini pun ada orang cerita dengan aku. eh kalau tak? haram jadah aku tak tahu pasal ni." lepas Jazlan.

"Zulan aku bukan nak back up.. tapi cara kau salah der!" tutur Asyriq.

"melawan pula apa yang aku cakap ni.. dah kau senyap je. sebelum buku lima aku ni singgah dekat pipi kau."
bentak Jazlan. tangannya cuba dihayun ke muka Asyriq tetapi sempat ditepis Fiqrash.

"salah aku bukan salah dia. kau nak tumbuk, tumbuk aku bukannya dia." Fiqrash membalas. sambil tangannya menyuruh Asyriq beredar. Asyriq beredar.

Jeda.

"Zulan.. cuba kau duduk. tenangkan diri. just a minute." Fiqrash memulakan bicara. sambil tangannya memaut bahu Jazlan. belum sempat tangannya meraih. satu pukulan singgah di dadanya kembali. sakit.
perit. tubuhnya terbaring longlai. tanpa henti dia dipukul Jazlan. sampai badannya sudah lembik baru Jazlan keluar dari bilik.

hanya istighfar yang dia mampu lakukan. tersekat sekat. 'Asy.. mana kau' getus hatinya.
Asyriq mengesot tubuhnya ke arah Fiqrash. tubuh Asyriq juga di penuhi darah. ditumbuk barangkali.

"rash.. boleh bangun tak ni?" tanya Asyriq.

                                                                                                                                     bersambung..  
 




Friday, June 21, 2013

contengan hati buat Teman :')


pada awan biru..
ku melakar kata-kata..
pada langit cerah ku padam semua cerita..
dengarlah mentari suara hatiku menyanyi..
berterbangan jiwa merentasi pelangi..

lifeless..

*rasa empty*

where are you friend?

every time after prayer. doa for antunna semua tak pernah lupa.
but.. why all of this must happen?

*senyum* because Allah want to test us.. how strong our Ukhuwah yang kita selalu said tu
bfftj? ukhuwahfillah?

come on friend.. berubah laa
ana ajak antunna semua jadi baik ni.
ana tak suka korek + cari pahala sensorang.
jadi ana nak heret laaa antunna semua ni.

tak nak? 
tak apa.. hati awak saya tak pegang.
tapi..
hati awak tu Allah yang pegang.

semoga awak dapat cari hidayah Allah
saya cuma asbab je.
saya doakan awak semua kawan..

semoga awak semua jadi awak yang saya kenal dulu..
awak semualah harapan saya masa saya jatuh nanti
dan awak jugalah yang akan ada seiring dengan saya masa saya bangun nanti

mari cari jalan pulang bersama.. kita saling memerlukan
 kita kawan kan..

*lap air mata*