About Me

My photo
kUala LumPur, Malaysia
...In our daily activities whenever we remember Allah, thank Him, because it is a gift that we're conscious of Him during our affairs. And Don't become hopeless if our du'a is not answered. It could be that Allah saved us from a greater calamity n granting us a bigger blessing #NoteToSelf :) ...

Saturday, January 19, 2013

Ayuh Bersama Menggapai Mardhotillah!

ASSALAMUALAIKUM

Siapa kata hidup ini tiada yang susah? Saya pasti ada yang berkata "ya, tiada yang susah" dan ada yang berkata "la... la." Jika anda lontarkan soalan ini kepada saya, maka dengan bersahaja saya akan tersenyum. Anda tahu, jika kita mencintai Allah dan Rasulnya.. maka segala perjalanan hidup di muka bumi ini akan mudah dan tenteram malah kemanisan iman itu juga semakin hampir kepada kita. Anda tahu mengapa? kerana bila kita mencintai Allah, maka dengan secara automatiknya kita akan meninggalkan larangan Allah dan melakukan segala galanya kerana Allah. Apabila rasa cinta kita kepada nabi sudah hadir maka dengan serta merta kita akan menghidupkan sunnah Rasulullah itu di dalam diri kita dan di mana. Anda tahu apa itu Mardhotillah? Saya tahu akan ada yang menjawab
 "Entah.."
"Tak Tahulah. Apa Tu?"
 Setiap kali saya bertanyakan hal yang sama. Itulah jawapan yang sering kali saya dengari. Baiklah, Mardhotillah itu adalah mencari redha Allah. Strive to Mardhotillah bak kata omputih. Bila kita sebut mardhotillah maka everything yang kita lakukan hanyalah semata mata kerana mencari redha Allah. Contohnya, Saya bertudung labuh bukanlah semata mata kerana peraturan sekolah, tetapi saya bertudung labuh adalah kerana saya inginkan keredhaan Allah. Tudung labuh, tutup dada, tiada bonggol unta dan tidak bertabarruj. MasyaAllah wanna be the one :') and insyaAllah kita gapai mardhotillah itu bersama. Bila kita ditimpa ujian atau bencana.. sebutlah "Innalillahhiwainnalillahhirojiun" bukannya kita membuka seribu langkah pergi ke atas bumbung untuk menjerit sebab tak tahan dengan ujian yang Allah beri. Cuba anda selak buku buku yang telah dinukilkan saudara Hilal Asyraf, pasti akan ada sedikit sebanyak terkesan dengan kata kata dan soalan yang dilontarkannya kepada pembaca. Anda tahu, saya sangat tertarik dengan gaya penulisannya yang lembut, dan tutur bahasanya yang elok. Antara salah satu bab yang paling saya suka di dalam buku bukunya adalah "Menyembur Api Ke Langit." mungkin tajuknya sedikit kurang ajar. Tapi percayalah di sebalik perkataan yang kurang ajar itu terselit maknanya yang tersendiri.

Mahu bersama saya?
Ayuh kita koreksi diri dan bersabar di dalam mehnah yang Allah beri :)